awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan

Bernama
Bernama
28/05/2024
20:20 MYT
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Alexander (tengah) bercakap di sesi sidang media pada Majlis Pra-Pelancaran Sistem Centralised Regulations Repository (CRR) dan NCIP Centre. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia bertujuan memastikan pengurusan data raya, pentadbiran perundangan serta peraturan sektor pembinaan yang lebih holistik, komprehensif, tepat, sahih dan berintegriti.
Beliau berkata NCIP merangkumi dua sistem utama iaitu Centralised Regulations Repository (CRR) dan National Construction Centralised Data Repository (NCDR).
"Dengan adanya platform NCIP, KKR berharap dapat mengeluarkan pelaporan statistik dan analisis bagi setiap aspek dengan mengambil kira trend dan pola termasuk tinjauan tingkah laku berdasarkan data sedia ada.
"Sebagai contoh bagi Program MyJALAN, satu aplikasi aduan sedang diperkasa untuk menangani isu-isu jalan raya dan melalui pengumpulan data holistik menerusi platform ini, ia dapat membantu kita mencapai keputusan terbaik dalam aspek dasar dan kewangan," katanya.
Nanta berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pra-pelancaran CRR dan NCIP di Kompleks KKR di sini pada Selasa.
Beliau berkata KKR menyasarkan hab data raya informasi dan analitik berkenaan digunakan secara menyeluruh pada 2028.
Katanya ini supaya setiap proses kerja yang dilakukan bersifat telus dan jelas, sekali gus memenuhi komitmen kerajaan terhadap sifat keterbukaan pasaran di peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Menurutnya setakat semalam, sistem CRR yang dibangunkan sejak Jun 2023 berjaya mengumpulkan 726 dokumen rasmi perundangan dan peraturan manakala NCDR kini mempunyai enam modul dan 15 set data berkaitan sektor pembinaan dan jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Kementerian Kerja Raya
#KKR
#NCIP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan