PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta untuk menyelenggara jalan berlubang dan perabot jalan, di semua jalan Persekutuan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada peruntukan kerajaan untuk Kempen My Jalan berjumlah RM217.80 juta, yang bertujuan menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya.
"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih perabot jalan termasuk rel adang, papan tanda, garis jalan pudar, longkang, tiang lampu, pembahagi jalan dan pembentungan, serta kerja pemotongan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan pemantauan pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di Plaza Tol Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang merangka kempen, bagi mengatasi masalah utama melibatkan jalan berlubang, lampu jalan, perabot jalan.
Nanta berkata kempen tersebut, akan melibatkan pelbagai pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan dan swasta, bagi memastikan insfrastruktur berkenaan dalam keadaan baik untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sementara itu, beliau berkata KKR akan menyediakan saluran aduan sehenti dalam bentuk aplikasi, bagi memudahkan aduan awam dan melancarkan pemprosesan aduan yang diterima.
"Aplikasi itu dapat memberi lokasi tepat kepada kita, di mana ada isu jalan rosak yang dihantar oleh pengadu supaya tindakan dapat diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Nanta berkata ia merupakan sebahagian daripada peruntukan kerajaan untuk Kempen My Jalan berjumlah RM217.80 juta, yang bertujuan menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Jalan berlopak di KL: Hubungi nombor peribadi Shahidan di 019-4545111
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan menyelesaikan aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.
Sabah Memilih: Keadaan jalan teruk, pengusaha pelancongan boleh gulung tikar
Selvestone Junit berhasrat mengangkat nama Kota Marudu seperti Kundasang dan Semporna di Sabah.