awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR kaji kaedah percepatkan proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2020
08:03 MYT
KKR kaji kaedah percepatkan proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
pendekatan 'catch up plan' itu akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. - Foto Bernama
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengkaji kaedah dan pendekatan bagi mempercepatkan proses pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo susulan keadaan semasa projek mega itu.
Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendekatan 'catch up plan' itu akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
Tegasnya, keputusan membatalkan rakan pelaksana projek (PDP) yang diputuskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini akan dihormati dan diputuskan.
"Perkara ini belum dimuktamadkan. Ia akan dibawa ke mesyuarat Kabient terlebih dahulu jika terdapat perubahan dari segi dasar dan kaedah pelaksanaan," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah projek naik taraf laluan Jalan Datuk Mohd Musa di Kota Samarahan pada Sabtu.
Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini merangkumi 936 kilometer di Sarawak manakala 727 kilometer di Sabah.
Bagi Sarawak tambah Fadillah, projek diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri selepas keputusan menamatkan perkhidmatan PDP.
"JKR Sarawak telah dilantik untuk menjadi pelaksana utama kepada projek ini, dan JKR Malaysia menjadi pemantau kepada projek ini.... sebab itu kita berbincang dengan JKR Sarawak kaedah untuk mempercepatkan projek ini.
"Pelaksanaan Pan Borneo tertangguh apabila PDP dibatalkan dahulu selain COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara ini sudah pasti memberi kesan kepada fasa akhir pembinaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Fadillah Yusof
#JKR Sarawak
#kabinet
#Kementerian Kerja Raya
#Lebuhraya Pan Borneo
#Pan Borneo
#pendekatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan