awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF

Bernama
Bernama
17/09/2024
22:10 MYT
KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Nanta (tiga, kiri) mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Salik semasa lawatan kerja rasmi bagi menghadiri Kongres Dunia ITS ke-30 di Dubai pada 16 Sept lalu. - Facebook/Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Salik Company PJSC (Salik) serta meninjau pelaksanaan sistem tol elektronik Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) di satu daripada gantri tol di Dubai pada Selasa.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Nanta berkata perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), bagi berkongsi pengalaman dari segi pengoperasian, penguatkuasaan dan penggunaan teknologi tersebut.
"Antara inisiatif Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang sedang dikaji di Malaysia ialah MLFF. Walaupun inisiatif ini kerap diperbincangkan apabila berlakunya kesesakan di lebuh raya, proses untuk merealisasikan pelaksanaannya bukan satu urusan yang mudah.
"Sehubungan itu, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Salik Company PJSC semasa lawatan kerja rasmi saya bagi menghadiri Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) ke-30 di Dubai yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 16 Sept lepas," katanya.
Beliau berkata sesi libat urus itu mencerminkan komitmen padu kerajaan Malaysia dalam menentukan hala tuju kerajaan ke arah pengadaptasian ITS dalam sistem kutipan tol negara.
Nanta berkata usaha ini juga menjadi satu daripada agenda utama di bawah program MYJalan dalam melestarikan jalinan infrastruktur lebuh raya negara bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pengguna.
--BERNAMA
TAG: Aliran Pantas Pelbagai Lorong, MLFF, lebuh raya, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), tol, sistem
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#tol
#RFID
#tol elektronik MLFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan