awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR mahu laporan terperinci insiden buruh maut tertimbus tanah di CSR, Kuala Lipis

Bernama
Bernama
11/12/2023
15:58 MYT
KKR mahu laporan terperinci insiden buruh maut tertimbus tanah di CSR, Kuala Lipis
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan SOP dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah untuk menyediakan laporan terperinci berhubung insiden seorang buruh warga Indonesia maut ditimbus tanah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Kampung Berembang, Kuala Lipis, Pahang, hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan beberapa pihak untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Beliau turut menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.
Dalam kejadian 11.15 pagi tadi, Khairul Anam, 28 maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
Mangsa berasal dari Jawa Timur difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan CSR itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#laporan terperinci
#buruh tertimbus
#CSR
#Kuala Lipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan