MIRI: Kementerian Kerja Raya akan berusaha untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan di Sarawak dengan memohon lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jurang tunggakan penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di wilayah itu adalah besar dan pihaknya ingin mengecilkannya.
Beliau berkata penyelenggaraan sebahagian daripada jalan terbabit yang sudah berusia dan melepasi tempoh selenggaraan dapat dilaksanakan tahun ini selepas kerajaan pusat menambah peruntukan kerja berkala bagi Sarawak pada akhir tahun kepada RM105.9 juta.
“Dalam setahun ke setahun bajet memang kita (Sarawak) diberi selama ini hanya dalam lingkungan 25 peratus. Cuma untuk 2024, bajet telah dibentang dan diluluskan, dengan akhir tahun lepas kita dapat tambahan. Oleh itu, kita berterima kasihlah kepada kerajaan sebab sensitif kepada keperluan ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi projek Menaiktaraf Bulatan Pujut 3 Kepada Persimpangan Lampu Isyarat di sini hari ini.
Menurut Nanta peruntukan kerja berkala yang diterima Sarawak pada 2020 ialah RM59.838 juta, 2021 (RM91.050 juta), 2022 (RM81.23 juta) dan 2023 (RM82.18 juta).
Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menjemput Sarawak menyertai Kempen MYJalan bagi mengumpul data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di wilayah itu.
Uggah, katanya bersetuju dan memberikan indikasi awal bahawa perlu ada perbincangan lanjut untuk memperhalusi perkara berkenaan kerana Timbalan Premier itu melihat kempen itu dapat memanfaatkan pengguna jalan raya.
Menurut Nanta sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos tahun lepas, Kempen MyJalan telah menerima 10,000 aduan daripada orang ramai dan hasil semakan hanya 27 peratus sahaja kerosakan melibatkan jalan Persekutuan, manakala selebihnya adalah jalan negeri.
Beliau menegaskan hasil semakan itu bukan untuk menolak tanggungjawab menyelenggara jalan kepada pihak berkuasa tempatan, tetapi data yang diperoleh dapat membantu dalam memberikan respons yang pantas oleh pihak berkuasa sama ada di peringkat pusat mahupun negeri terhadap aduan yang dibuat .
“Kita terima semua aduan sama ada melibatkan jalan Persekutuan atau negeri. Jadi, apabila kita memohon peruntukan tahunan baik di bawah MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) dan sebagainya daripada Kementerian Kewangan, permohonan adalah disokong dengan data-data saintifik,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jurang tunggakan penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di wilayah itu adalah besar dan pihaknya ingin mengecilkannya. - Foto Facebook/Alexander Nanta Linggi
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
MOT, KKR dalam proses akhir bangunkan sistem HS-WiM
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses akhir membangunkan sistem 'High Speed Weigh-In-Motion' (HS-WiM).
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Dasar cerun negara baharu sedang dirangka - Nanta
Kementerian Kerja Raya sedang merangka dasar cerun negara baharu bagi menggantikan dasar sebelum ini yang telah tamat tahun lepas.
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.
[KOLUMNIS] MYJalan: Ayuh bersama 'cipta' jalan raya yang lebih selamat
Sebanyak 17,157 jumlah aduan diterima sejak permulaan kempen MYJalan pada 1 Ogos 2023 hingga 29 Julai 2024.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1A capai 77.41 peratus siap - Nanta
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A kini mencapai tahap 77.41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2026, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.