IPOH: Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah memasang Sistem Amaran Awal (EWS) Tanah Runtuh di sekitar kawasan cerun di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands bagi mengesan sebarang runtuhan susulan.
KKR dalam satu kenyataan semalam memaklumkan ketika ini terdapat runtuhan tanah di cerun jalan itu, yang merupakan laluan untuk berulang-alik dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands, dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter.
Kenyataan itu menyebut sistem EWS tersebut menggunakan dua Robotics Total Station (RTS) dan 27 prisma.
"Usaha pembaikan jangka masa panjang terus dilaksanakan yang kini memasuki peringkat perancangan reka bentuk. Konsep 'Contiguous Bored Pile Wall' dirancang digunakan bagi pembaikan cerun ini.
"Peruntukan kerja pembaikan cerun yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM8 juta melalui Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12. Kos anggaran keseluruhan pembaikan adalah RM127 juta dan baki peruntukan akan diterima bermula tahun hadapan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turun padang meninjau dua lokasi di Jalan Persekutuan FT185 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dari Simpang Pulai ke Gua Musang, Kelantan.
Bagi lokasi kedua iaitu di jalan Seksyen 60 hingga Seksyen 62 FT185 di Lojing, Kelantan yang rosak akibat banjir lumpur pada 3 Jan lepas, laluan itu masih boleh diakses pengguna namun di beberapa lokasi berlaku lencongan sementara.
"Kesan bencana tersebut, lima buah jambatan di lokasi turut terjejas. Pembaikan menyeluruh melibatkan jalan, jambatan, cerun, perabut jalan dan lampu jalan perlu dilaksanakan di masa hadapan bagi mengelakkan perkara sama berulang. Kos jangka panjang ini dianggarkan sebanyak RM5.8 juta," menurut kenyataan itu.
Tinjauan turut dilakukan di lokasi Cadangan Projek Jalan Pintas di Kuala Terla dan Blue Valley berikutan laluan sedia ada tidak dapat menampung keperluan trafik akibat aktiviti perniagaan serta pelancongan yang semakin bertambah di sepanjang laluan itu.
Menurut KKR, kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands dijangka siap pada Oktober ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"KKR sedar faktor alam sekitar di kawasan bercerun dan berlandskapkan tanah tinggi boleh mengundang risiko terutama sewaktu hujan lebat.
"Justeru, pemantauan lokasi seperti ini terus dilaksanakan secara berkala bagi mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat yang menggunakan jalan raya persekutuan terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
Kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands dijangka siap Oktober ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
Cuaca panas: Kerajaan pantau paras empangan, pastikan bekalan air cukup
Kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering.