Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji punca sebenar kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara petang tadi yang disifatkan berlaku agak pantas.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) secepat mungkin.
Selain itu, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau telah mengarahkan bilik operasi di Jalan Pekeliling dibuka segera bagi memantau kawasan yang terjejas selain memudahkan bantuan terhadap penduduk yang terlibat.
“Saya sudah arahkan pada petang tadi agar bilik kawalan dibuka untuk membuat pemantauan serta mendapatkan laporan terus dari lokasi yang terjejas.
“Saya difahamkan di Kampung Baru ada kenderaan dan rumah yang tenggelam, begitu juga di Masjid India. Jadi saya minta agensi berkaitan pantau… kalau ada perkara perlu diambil tindakan.
"Saya nak tengok ia dilaksanakan segera, terutama sekali mereka yang perlukan bantuan seperti kereta tenggelam atau rumah tenggelam,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek, malam ini.
Mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa terowong SMART lewat diaktifkan sehingga membawa kepada banjir kilat, Annuar berkata, perkara itu perlu disiasat terlebih dahulu.
“Saya kena dapatkan laporan terlebih dahulu. Kerana di laman media sosial orang memuat naik gambar yang pelbagai. Ada gambar yang benar, ada yang telah diubah. Jadi saya kena dapatkan laporan dahulu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Sep 10 2020
Mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa terowong SMART lewat diaktifkan sehingga membawa kepada banjir kilat, Annuar berkata, perkara itu perlu disiasat terlebih dahulu. -Bernama
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
KL banjir: Kementerian teliti punca sebenar, sifatkan luar biasa - Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau telah mengarahkan bilik operasi di Jalan Pekeliling dibuka segera bagi memantau kawasan yang terjejas.