awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan

Bernama
Bernama
30/01/2026
14:45 MYT
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
Butler berkata pada Jumaat yang Australia mempunyai protokol yang jelas bagi pengendalian pengembara sakit tiba dari luar negara dan kerajaan tidak menerima sebarang nasihat untuk mengubah protokol itu. - Gambar Facebook Mark Butler
CANBERRA: Menteri Kesihatan Australia memaklumkan yang kerajaan negara itu sedang memantau dengan rapi wabak virus Nipah di Asia, lapor agensi berita Xinhua.

Ringkasan AI
  • Menteri Kesihatan Australia mengesahkan pemantauan berikutan wabak virus Nipah di Asia yang bermula di India pada Disember lalu.
  • Pihak berkuasa di Indonesia meningkatkan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali, destinasi popular pelancong Australia.
  • Virus Nipah diklasifikasikan sebagai patogen keutamaan oleh WHO kerana potensi epidemik dan keseriusan penyakitnya.

Mark Butler memberitahu rangkaian televisyen Nine Network yang virus Nipah tidak pernah dikesan di Australia, namun pihak berkuasa mengambil serius ancaman yang ditimbulkan oleh wabak yang bermula di India pada Disember lalu.
"Pihak berkuasa India memaklumkan kepada kami yang wabak itu terkawal, namun begitu, kami tetap memantaunya dengan sangat rapi kerana ini adalah virus yang sangat serius," katanya.
Pihak berkuasa di Indonesia pada Khamis melaksanakan pemantauan lebih ketat terhadap penumpang yang tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali, yang merupakan destinasi luar negara paling popular bagi pelancong Australia.
Butler berkata pada Jumaat yang Australia mempunyai protokol yang jelas bagi pengendalian pengembara sakit tiba dari luar negara dan kerajaan tidak menerima sebarang nasihat untuk mengubah protokol itu.
Virus Nipah ialah penyakit zoonotik yang boleh menular antara haiwan dan manusia dan dalam sesetengah keadaan, melalui penularan manusia ke manusia.
Ia diklasifikasikan sebagai patogen keutamaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia kerana potensi epidemik serta tahap keseriusan penyakit yang boleh ditimbulkannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#virus Nipah
#luar negara
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan