SEPANG: Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan pemindahan operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) yang terletak di Subang, Selangor ke lokasi baharu di Sepang.
Pemindahan ini dilakukan pada jam 2 pagi, 1 September 2021 sekali gus menjadi detik bersejarah bagi industri penerbangan negara apabila ruang udara baharu ini distruktur semula menjadi 14 sektor berbanding tujuh (7) sebelum ini.
Struktur baharu ini dilengkapi dengan penambahan laluan udara baharu serta pelepasan dan ketibaan yang menepati piawaian yang ditetapkan.
Penambahbaikan ini adalah bertujuan meningkatkan pendapatan negara melalui pengembangan industri penerbangan.
“Pemindahan operasi struktur ruang udara baharu ini telah menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menyeragam dan mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam reka bentuk Maklumat Penerbangan Ruang Udara Kuala Lumpur (KL FIR),” ujar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Jelas beliau, dengan pembinaan KL FIR yang baharu ini, ia akan membolehkan lebih banyak pesawat mendarat pada waktu puncak atau slot premium dan seterusnya meningkatkan kapasiti pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 78 kepada 108 pesawat sejam dan jumlah ini adalah antara yang tertinggi di dunia.
“Selain itu, reka bentuk ruang udara yang baharu ini juga membolehkan lebih banyak pergerakan pesawat setiap jam dengan memanfaatkan sepenuhnya tiga landasan yang terdapat di KLIA secara serentak,” ujar beliau.
Struktur ruang udara yang serba baharu akan menyediakan pengurusan lalu lintas di ruang udara yang lebih efisien dan lancar, meningkatkan kecekapan Sistem Pengawasan serta Sistem Komunikasi dan Navigasi KL FIR untuk membolehkan pelaksanaan Navigasi Berasaskan Prestasi (PBN).
Selain itu, ia juga akan meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri penerbangan dengan meningkatkan ketersediaan dan hubungan industri penerbangan awam negara.
Dengan rekaan berbentuk layang-layang tradisional tempatan atau wau bersama sentuhan moden, KLATCC baharu ini adalah tonggak penting bagi industri penerbangan awam negara dan akan menjadi kebanggaan Malaysia.
Majlis pelancaran rasmi akan diadakan pada waktu yang sesuai dalam masa terdekat.
Astro Awani
Wed Sep 01 2021
Dengan rekaan berbentuk layang-layang tradisional tempatan atau wau bersama sentuhan moden, KLATCC baharu ini adalah tonggak penting bagi industri penerbangan awam negara dan akan menjadi kebanggaan Malaysia.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
CAAM sahkan gangguan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
CAAM mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang.
KLATCC Sepang tingkatkan daya saing Malaysia dalam industri penerbangan
Reka bentuk ruang udara baharu ini membolehkan lebih banyak pergerakan pesawat setiap jam dengan memanfaatkan tiga landasan di KLIA.