Pihak pengurusan sistem operasi teksi di pusat membeli belah Kuala Lumpur (KLCC) menegaskan mereka tidak pernah menghalang teksi bajet untuk mengambil penumpang dari premis berkenaan seperti yang didakwa sebelum ini.
Bagaimanapun hanya teksi bermeter sahaja dibenarkan mengambil penumpang untuk memastikan pengguna khususnya pelancong asing tidak ditipu oleh ulat-ulat teksi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awana Sutera Sdn Bhd yang menguruskan operasi teksi di KLCC iaitu Premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail, langkah itu diambil bagi menjaga imej KLCC yang tercemar oleh kes penipuan teksi yang bermaharajalela di pusat membeli belah terkemuka itu.
"Beberapa tahun dahulu sebelum kami mengambil alih pengoperasian teksi, ramai pelancong yang merungut sering ditipu oleh pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Mereka akan memasuki kawasan Twin Tower dan beratur panjang di hadapan pintu untuk mencari penumpang dan keadaan menjadi sangat tidak terkawal." kata Shamsudin.
Tambah beliau mengikut perjanjian dengan pengurusan premis, Awana Sutera dikehendaki menawarkan perkhidmatan teksi eksekutif atau bajet berdasarkan pilihan pengguna. Justeru isu tidak membenarkan teksi bajet untuk mengambil penumpang tidak wujud.
Bagaimanapun mereka mengenakan syarat penggunaan teksi meter yang ketat.
"Walaupun dia turunkan penumpang kalau kita tidak cukup teksi atau penumpang perlu teksi jenis lain, kita tetap akan menahan teksi tersebut. Kita akan tanya pemandu sama ada guna meter atau tidak.
Kalau guna meter kita benarkan penumpang ambil teksi mereka, kalau tidak menggunakan meter kita memang tidak benarkan." kata Shamsubahrin dalam temubual ekskusif bersama Astro Awani.
Sistem itu nyata berkesan apabila 95 peratus pengguna dikatakan berpuas hati dengan perkhidmatan teksi yang disediakan KLCC sejak dilaksanakan 3 tahun lalu.
"Saya selalu menggunakan teksi eksekutif berwarna biru yang disediakan kerana walaupun ia kos permulaan adalah RM6 tetapi saya tidak kisah kerana mereka menggunakan meter manakala teksi di luar tidak menggunakan meter dan pemandunya juga tidak profesional." kata Roshan Menon seorang pengguna.
Menerusi sistem teksi KLCC, pengguna perlu membayar RM2 untuk mendapatkan khidmat teksi dan tidak perlu berjalan jauh kerana teksi akan terus mengambil mereka di hadapan pintu masuk pusat membeli belah itu.
"Selepas membayar RM2, kita akan bagi tiket. Tiket itu akan tertulis nombor teksi yang diambil dan ada juga nombor yang tertera yang boleh dihubungi. Jadi kalau apa-apa berlaku terhadap penumpang seperti tertinggal beg dan sebagainya boleh membuat laporan dengan adanya nombor teksi itu." jelas Shamsubahrin.
Bagaimanapun semua teksi dikehendaki berdaftar dengan membayar yuran sebanyak RM200 sebulan untuk mengambil penumpang. Hanya teksi yang mempunyai pelekat kereta khas dibenarkan memasuki premis berkenaan.
"Ini bayaran bukan masuk poket kita. Duit yang kita collect tidak masuk pengurusan. Kita cuma tolong collect duit pemandu untuk bayar kos sekuriti sebab sekuriti diletakkan di 4 pagar masuk KLCC supaya mengawal teksi tidak berdaftar tidak boleh masuk. Ini juga untuk menjaga periuk nasi pemandu teksi itu sendiri." kata Shamsubahrin sambil menyifatkan ia amalan biasa yang juga diamalkan oleh premis hotel bertaraf lima bintang di ibu negara.
Tambah beliau, sebanyak RM50,000 hingga RM60,000 dibayar setiap bulan kepada syarikat keselamatan yang mengawal dan memantau kawasan itu.
Asasnya teksi tidak berdaftar boleh menurunkan penumpang di KLCC tetapi hanya boleh mengambil penumpang apabila perkhidmatan mereka diperlukan khususnya apabila 200 teksi yang berdaftar tidak mencukupi dan pada masa puncak. Namun hanya teksi yang mempunyai penumpang dibenarkan memasuki kawasan itu. Teksi tidak berdaftar dan tidak membawa penumpang akan disuruh beredar daripada kawasan berkenaan.
Langkah itu juga disambut baik pihak pemandu teksi yang dilihat dapat membantu mereka yang ingin mencari rezeki halal.
Ini kerana berdasarkan sistem itu, pendapatan pemandu teksi dikatakan boleh mencecah sehingga RM10,000 hingga RM20,000 sebulan.
"Saya rasa RM200 memang berpatutan kalau kami tunggu di hotel bayaran mungkin lebih mahal RM250 atau RM300. Jadi RM200 tidak membebankan memang sesuai kerana kami teksi yang menggunakan meter. Sistem sini juga teratur di mana penumpang mengambil tiket RM2 di kaunter sementara kami berbaris di sini sebelum mengambil penumpang." kata Shahredan Abdul Rahman, seorang pemandu teksi di KLCC.
Tinjauan Astro Awani juga mendapati biarpun dengan sistem kawalan teksi yang ketat namun pemandu teksi yang tidak menggunakan meter masih berleluasa dan menunggu di luar premis KLCC.
"Biarpun pelancong mengambil teksi di luar KLCC iaitu di Jalan Ampang namun apabila mereka ditipu oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini, mereka akan mengadu mereka menaiki teksi berkenaan di KLCC, walaupun itu sebenarnya bukan teksi yang beroperasi bawah KLCC. Jadi ini akan memburukkan imej KLCC." kata Shamsubahrin sambil berharap pihak penguatkuasa mengambil tindakan membanteras gejala teksi tidak bermeter itu.
Tan Su Lin
Fri Feb 21 2014
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
AS kaji ancaman imej penderaan seks kanak-kanak dijana AI
Pihak berkuasa undang-undang semakin bimbang kerana teknologi itu boleh mendorong kebanjiran bahan terlarang itu.
Reputasi buruk lepas curang dengan Shakira, Gerard Pique tak mahu buang masa bersihkan imejnya
Reputasi buruk lepas curang dengan Shakira, Gerard Pique tak mahu buang masa bersihkan imejnya
Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.
Cavani mohon maaf
Manchester United menegaskan pemain Uruguay itu tidak memiliki sebarang niat buruk untuk disampaikan.
COVID-19: AS teruskan kempen tuduh China punca pandemik
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meneruskan kempen menuduh China sebagai dalang di sebalik penularan COVID-19.
Artis muda Islam diingat jaga imej kerana jadi ikutan remaja
Hasbullah Raudah berkata senario terkini memperlihatkan ada kalangan artis muda popular yang muncul dengan imej yang bertentangan dengan hukum Islam.
Penerangan berkenaan Islam sebenar perlu diperjelas - Tun Mahathir
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat banyak laporan yang dibuat terhadap Islam tidak tepat, hingga ada yang melabel Islam sebagai penjenayah.
Sebak! Gambar potret keluarga ini bakal buat jiwa anda meruntun
Pertama kali melihat gambar ini, pasti anda berfikit dan tertanya-tanya mengapakah wanita terbabit dibiarkan begitu.
'Bila-bila masa saja, bila Tuhan tiup hidayah' - Uqasha ditanya tentang pakai tudung
Pernah melewati fasa penghijrahan (bertudung) sepanjang bergelar anak seni dan pernah jua mencetuskan kontroversi gara-gara membuka tudung semula, Uqasha akui itu khilafnya.
Awas! Momo Challenge dikatakan galak kanak-kanak bunuh diri
Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.