Lapangan terbang kos rendah terbesar di Asia , KLIA2 akan tetap disiapkan pada 2 Mei seperti yang dijadualkan.
Ini adalah jaminan yang diberi oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ekoran laporan beberapa media bahawa projek itu mungkin akan ditangguhkan kerana tidak menepati piawaian keselamatan kebakaran.
Hishammuddin berkata Hishamuddin berkata kerajaan tidak akan melayan sebarang permintaan untuk
penangguhan.
Hishammuddin turut berkata, beliau selaku menteri yang diberi tanggungjawab, sama seperti seluruh rakyat Malaysia mahu melihat projek ini direalisasikan mengikut perancangan dan sasaran tarikh yang ditetapkan.
"Saya di pihak kerajaan memegang kepada jaminan yang telah diberikan oleh pihak bertanggungjawab bahawa projek nasional ini akan disiapkan pada 2 Mei ini di mana keselamatan dan kualiti akan tetap diberi keutamaan.
"Tarikh pembukaan ini telah ditetapkan sendiri oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam beberapa siri lawatan saya ke KLIA2 sebelum ini," kata Hishammuddin di dalam satu sidang media di pejabat kementeriannya di sini.
Hishammuddin berkata beliau akan terus memantau projek itu secara dekat dan melakukan lawatan mengejut atau 'spot check' pada bila-bila masa ke tapak projek bagi melihat sendiri kelancaran kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.
"Saya bukan mahu menuding jari atau mencari kesalahan mana-mana pihak dalam hal ini tetapi mahu memastikan projek nasional ini tidak menghadapi sebarang halangan atau sekatan sehingga boleh menjejaskan perjalanan projek.
"Sekiranya ada pihak yang didapati menjadi penghalang kepada perancangan kita ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serta memdedahkan perbuatan mereka ini," katanya.
Semasa ditanya sama ada klia2 bersedia untuk menjalankan ujian Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT) yang sepatutnya dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pembukaan, Hishammuddin berkata ORAT boleh dijalankan sekarang.
"ORAT boleh dijalankan sekarang, ia tidak melibatkan CCC, malah ujian sistem bagasi telah dijalankan secara dalaman... daripada melihat kepada ORAT, sijil dan sebagainya, bagi saya yang lebih penting ialah pada 2 Mei, KLIA2 akan mula beroperasi," katanya.
Semalam, MAHB, di dalam suatu kenyataan berkata kira-kira dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan minggu lepas.
MAHB berkata Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65 peratus daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan.
Perakuan mereka penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
The Star Online melaporkan bahawa MAHB turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal KLIA daripada UEMC-Bina Puri.
Kontraktor utama UEMC - Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.
Portal itu turut melaporkan bahawa UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.
T K Letchumy Tamboo
Wed Feb 05 2014
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.