awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Minta berjela-jela” - Ahmad Maslan bidas pembangkang tak sokong Belanjawan 2026

Seth Akmal
Seth Akmal
05/11/2025
06:30 MYT
“Minta berjela-jela” - Ahmad Maslan bidas pembangkang tak sokong Belanjawan 2026
Muhammad Islahuddin (kiri) dan Ahmad (kanan) di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas sikap pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar melalui undian blok pada Selasa.
“Semalam (Ahli Parlimen) pembangkang tak menyokong pun bajet belanjawan, tapi minta berjela-jela…macam malas saya nak menjawab, kenapa tak sokong semalam? Lepas itu minta itu ini.
"Belanjawan semalam untuk rakyat tetapi mereka tak sokong” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian susulan soalan tambahan daripada Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) yang meminta penjelasan Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenai perancangan menaik taraf jalan ke Mersing.
Ahli Parlimen Pas itu, menekankan bahawa jalan di Mersing bermasalah, terutama ketika banjir, dan menaik taraf infrastruktur adalah penting supaya potensi ekonomi pelancongan, perikanan dan maritim dapat dimanfaatkan.
Sebagai respons, Ahmad berseloroh bahawa beliau akan meneliti permintaan berkenaan sekiranya Parlimen tersebut bersama Kerajaan Madani.
“Saya akan memikirkan apabila kawasan Mersing bersama dengan Kerajaan Perpaduan... Mersing ini pembangkang, minta bukan main banyak lagi,” katanya lagi.
Jawapan Ahmad menyebabkan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) menggesa beliau meletakkan jawatan sekiranya malas menjawab soalan tersebut.
Namun, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menegaskan beliau hanya enggan menjawab soalan itu, bukan kerana mengabaikan tugasnya.
“Saya kata malas menjawab soalan, engkau orang malas datang Parlimen,” jawabnya ringkas kepada Rosol.
Situasi di Dewan berjaya dikawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor, yang menegaskan tiada peraturan membenarkan Ahli Parlimen memaksa seorang menteri menjawab soalan mereka.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU berkenaan melalui undian blok, dengan 120 Ahli Parlimen menyokong, 67 menentang, dan 35 tidak hadir.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Kerajaan Madani
#pembangkang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan