awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster majlis pengebumian penyumbang peningkatan kes COVID-19 Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
24/02/2021
14:54 MYT
Kluster majlis pengebumian penyumbang peningkatan kes COVID-19 Sabah
Masidi akan mewakili kerajaan negeri dalam menerima ketibaan vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada tengah hari esok. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kluster melibatkan majlis pengebumian di daerah Nabawan menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di Sabah.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, kluster yang dikenali sebagai Kluster Sinsingon itu mencatatkan 15 kes positif hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.
"Kes indeks melibatkan tiga individu yang dikesan positif melalui ujian saringan. Ketiga-tiga kes ini tidak mempunyai gejala ketika disaring masuk ke asrama pada 12 Februari.
"Hasil saringan kontak rapat mendapati 15 daripada 30 orang ahli keluarga yang disaring disahkan positif COVID-19.
"Jangkitan dipercayai berpunca sewaktu mereka menghadiri majlis penghormatan kematian keluarga di Kampung Sinsingon pada 17 hingga 20 Februari yang lalu.
"Dengan adanya kes sebanyak 19 kes baru di Nabawan, yang saya telah jelaskan tadi berpunca daripada penemuan satu kluster baru. Daerah Nabawan berubah daripada zon jingga ke zon merah," katanya dalam sidang media harian laporan COVID-19 negeri itu, pada Rabu.
Sabah merekodkan 105 kes positif COVID-19 pada hari ini, terdapat peningkatan sebanyak 11 kes berbanding semalam. Satu kes kematian dicatatkan dari daerah Tawau.
"Tiga daerah yang merekodkan pertambahan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (24 kes), Nabawan (19 kes), dan Keningau (15 kes)," katanya.
Masidi akan mewakili kerajaan negeri dalam menerima ketibaan vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada tengah hari esok.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#kluster majlis pengebumian
#Nabawan
#Masidi Manjun
#Kluster Sinsingon
#kluster
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan