KUALA LUMPUR:Kluster Putra di Bintulu diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.
Kluster terpencil yang hanya melibatkan daerah Bintulu ini diisytiharkan pada 10 Oktober 2020 dan mencatat lima kes positif COVID-19 termasuk kes indeks.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, lima kluster COVID-19 di negeri itu kekal aktif melibatkan Kluster Wisma Saberkas, Kluster Greenhill, Kluster Bah Arnab, Kluster Seladah dan Kluster Baki.
Antara lain Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan dua kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 987 kes.
“Kes ke-986 merupakan kes saringan individu bergejala. Ia melibatkan seorang lelaki warga emas yang menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta di Kuching pada 7 November dan disahkan positif COVID-19 pada hari sama.
“Dilaporkan kes mengalami simptom bermula 4 November 2020 dan kini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Siasatan masih dijalankan bagi pengesanan kontak dan setakat ini kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan,” kata kenyataan itu.
Manakala kes 987 dikesan menerusi saringan sebelum Sign On kapal yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan di Miri.
Kes menjalani ujian saringan pada 6 November 2020 dan disahkan positif COVID-19 pada 8 November 2020.
Ketika ini, kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Mri dan siasatanj lanjut dan pengesanan kontak sedang dijalankan.
Sehingga siasatan lengkap dijalankan, kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
Selain itu, tujuh kes dari Hus dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih dan discaj meningkat kepada 819 kes atau 82.98 peratus.
Astro Awani
Sun Nov 08 2020

Antara lain Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan dua kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 987 kes. FOTO: Astro AWANI

Politik Amerika | Trump lahir rasa bangga pencapaian 4 tahun
Dalam video ucapan terakhir Presiden itu, Donald Trump berbangga dengan pencapaiannya selama 4 tahun menerajui kuasa besar dunia.

Menjelang Pelantikan Biden | Bangunan Empire State pamer penghargaan
Di sesetengah lokasi di Amerika Syarikat, upacara angkat sumpah Joe Biden dinantikan dengan penuh keterujaan. Di bandar New York, yang majoriti penduduknya merupakan penyokong parti Demokrat, kegirangan menjelang jam 12 malam ini amat dirasai. Bangunan ikonik New York, The Empire State Building diterangi dengan lampu neon yang menyambut pelantikan biden sebagai Presiden negara itu yang ke 46.

Angkat Sumpah Biden | 12 anggota tentera disingkirkan pasukan keselamatan
12 anggota tentera Amerika Syarikat disingkirkan daripada pasukan keselamatan upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden malam ini. Ini selepas mereka didapati mempunyai pertalian dengan gerakan ekstremis sayap kanan.
![[INFOGRAFIK] Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) [INFOGRAFIK] Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/26665939921611120624879/1886389_8967789641611120671115_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

AWANI Ringkas: Tajuddin positif COVID-19 | Najib cabar Tengku Zafrul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Politik | Ada pemimpin UMNO mahu 'menghakmilikkan' parti - Annuar
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa terdapat pemimpin UMNO yang mahu menjadikan parti itu seperti hak milik mereka sendiri.

COVID-19 | Kerajaan perlu kawal selia kos ujian saringan
Kerajaan diminta campur tangan untuk mengawal selia kos ujian swab COVID-19 yang dilihat masih berada pada kadar yang tinggi. Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata satu mekanisme penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut dilihat sebagai satu keperluan pada ketika ini.

COVID-19: Kerajaan perlu campur tangan, kawal selia kos ujian saringan
Satu mekanisme penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut dilihat sebagai satu keperluan pada ketika ini.

TERKINI: Pengumuman Khas Menteri Besar Selangor

Dr Ali Noor meninggal dunia bukan kerana terlampau penat - Dr Noor Hisham
KKM menafikan kematian Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

COVID-19: Satu kluster baharu dikesan di Sarawak
Satu kluster baharu iaitu Kluster Mador dikesan di Sarawak pada Sabtu.

Enam kes baharu di Sarawak, Bintulu dan Lawas kini berstatus kuning
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan enam kes positif COVID-19 hari ini.

Kanak-kanak dua tahun antara lapan kes positif COVID-19 baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan lapan kes positif COVID-19.

Satu kes positif COVID-19 di Kuching, Lundu kini zon hijau
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan satu kes positif COVID-19 di Kuching.

Kluster Putra Bintulu tamat, dua kes positif COVID-19 di Sarawak
Kluster Putra di Bintulu diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Sarawak catat pertambahan 10 kes positif COVID-19 hari ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 10 kes positif COVID-19 di negeri itu.