Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa kemungkinan besar punca penularan COVID-19 dalam Kluster Sentosa di Sarawak adalah daripada aktiviti di dalam komuniti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini, 1,026 orang telah disaring dan 31 telah disahkan positif COVID-19 yang kebanyakannya dalam kalangan petugas kesihatan.

Manakala 888 negatif dan 107 masih menunggu keputusan.

"Saringan ini merangkumi petugas kesihatan, ahli keluarga mereka, pekerja syarikat pembersihan, pengawal keselamatan, pesakit dan lain-lain kontak rapat," katanya.

Berikut adalah perincian saringan yang dijalankan dalam kluster tersebut;

• 397 anggota kesihatan:
-17 dikesan positif COVID-19
- 360 negatif
- 20 masih menunggu keputusan.

• 104 pekerja syarikat pembersihan dan pengawal keselamatan:
- Empat dikesan positif COVID-19
- 100 negatif

• 196 pesakit
- Satu dikesan positif COVID-19
- 176 negatif
- 19 masih menunggu keputusan

• 108 ahli keluarga
- Dua dikesan positif COVID-19
- 68 negatif
- 38 masih menunggu keputusan

• 221 lain-lain kontak rapat
- Tujuh dikesan positif COVID-19
- 184 negatif
- 30 masih menunggu keputusan.

Sementara itu, bagi Kluster Mambong, sehingga 29 Julai 2020, seramai 198 orang telah disaring bagi kluster Mambong yang melibatkan 188 warganegara Malaysia dan 10 bukan warganegara.

Daripada jumlah tersebut, tujuan dikesan positif dan 191 negatif.

Jelas Dr Noor Hisham, langkah pencegahan telah diambil antaranya termasuk aktiviti terminal cleaning di seluruh bangunan hospital termasuk kawasan berisiko tinggi mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM dan mereka yang disahkan positif sudah diasingkan dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

BACA: COVID-19: Kluster Mambong dikenal pasti, dua kes positif

Untuk rekod, Kluster Mambong mula dikesan pada 16 Julai manakala Kluster Sentosa mula dikesan pada 21 Julai lalu.