awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Tawar disyaki strain mutasi D614G - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
25/08/2020
10:05 MYT
Kluster Tawar disyaki strain mutasi D614G - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam sidang media pada Selasa. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang berkemungkinan berpunca daripada strain mutasi D614G seperti dikesan pada Kluster Sivagangga.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun perkara itu hanya boleh disahkan selepas ujian makmal dibuat.
"Memang kita dapati kebolehjangkitan Kluster Tawar ini agak tinggi, kita masih mengambil swab dan makmal akan cuba asingkan virus tersebut sebelum kita boleh kulturkan dan bacakan genomic tersebut.
"Jadi siasatan sedang dijalankan (di makmal), sekarang kita tidak pasti walaupun kita boleh syak ada perubahan daripada mutasi tapi tidak dapat sahkan walaupun Kluster Sivagangga lebih dua minggu tiada kes.
"Setakat ini tiga kes positif ada mutasi D614G iaitu mutasi kebolehjangkitan lebih tinggi. Tetapi keganasan virus itu lebih kurang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, lima kes baharu dicatatkan dalam Kluster Tawar membabitkan murid sekolah di Kedah.
Jelas Dr Noor Hisham, sekolah terbabit telah ditutup manakala siasatan sedang dijalankan ketika ini.
"Ada kemungkinan jangkitan ibu kepada anak, dan anak itu menjangkiti rakan sekolah. Generasi ketiga... bukan pertama atau kedua, kita sedang jalankan saringan dan siasatan terhadap kanak kanak itu," jelas Dr Noor Hisham.
Sehingga kini, seramai 3,547 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 3,018 disaring di Kedah dengan 59 kes positif manakala 242 orang masih menunggu keputusan.
Di Pulau Pinang, seramai 518 individu telah disaring dengan 11 kes positif dicatatkan dan di Perak 11 individu telah disaring dan semuanya didapati negatif.
Topic Berkaitan
#D614G
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#Ketua Pengarah
#KKM
#Kluster Tawar
#Malaysia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan