awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Tawar: Tiga lagi kes baharu dilaporkan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
21/08/2020
10:15 MYT
Kluster Tawar: Tiga lagi kes baharu dilaporkan
Menurut KKM 47 kes dikesan positif COVID-19 di Kedah, 1,985 individu negatif, dan 224 individu masih menunggu keputusan.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiga kes baharu bagi Kluster Tawar di Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster itu sebanyak 58 kes.
Sehingga 21 Ogos 2020, 12 tengah hari, seramai 2,733 orang telah disaring melibatkan 2,256 di Kedah, 466 di Pulau Pinang dan 11 di Perak.
Daripada jumlah itu 47 kes dikesan positif COVID-19 di Kedah, 1,985 individu negatif, dan 224 individu masih menunggu keputusan.
Sementara di Pulau Pinang, 11 kes disahkan positif, 430 negatif dan 25 indivdu yang lain masih menunggu ketusan.
KKM turut memaklumkan, pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi Kluster Tawar masih diteruskan.
Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KKM pada masa sama menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Kluster Tawar
#koronavirus
#Perak
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan