PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 150 kes positif COVID-19 yang dikenal pasti sebagai jangkitan dalam komuniti berpunca daripada Kluster Teratai.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini KKM telah menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif.
"Sehingga hari ini, dianggarkan sebanyak 150 kes positif COVID-19 dikesan di peringkat komuniti dan luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan Kluster Teratai," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata jangkitan daripada Kluster Teratai telah berkembang kepada dua generasi jangkitan selepas pekerja-pekerja tempatan yang positif turut menjangkiti ahli keluarga dan kontak sosial mereka.
Beliau berkata KKM telah menjalankan saringan peringkat komuniti di Meru, Klang bermula hari ini menggunakan kit Ujian Pantas (RTK)-Antigen.
"Aktiviti saringan masih dijalankan untuk Kluster Teratai dan KKM berharap dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang mempertimbangkan permintaan daripada Selangor dan Negeri Sembilan untuk memanggil semula kakitangan kesihatan mereka yang bertugas di Sabah kembali berkhidmat di negeri masing-masing bagi membantu mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata KKM telah menggerakkan seramai 59 anggota perubatan dan 57 anggota kesihatan awam secara dalaman di Selangor untuk membantu saringan di beberapa kawasan berisiko.
"Sekarang ada permintaan untuk Selangor dan Negeri Sembilan mendapatkan kembali kakitangan mereka yang telah berkhidmat di Sabah. Kami lihat sekarang ini trend penurunan di Sabah mungkin kami pertimbangkan mereka (petugas KKM dari Semenanjung) ini kembali ke negeri masing-masing untuk membantu pengesanan kes dan penilaian risiko di kawasan-kawasan tersebut," katanya.
Menurut beliau, KKM juga bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Imam Response and Relief Team (IMARET), Mercy Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu mempercepat saringan di lapangan, khususnya di Selangor.
"Antara tugas untuk mereka ialah menjalankan siasatan kes COVID-19, melihat kepada pengesanan kes kontak rapat dan pengambilan sampel di lapangan. Jadi, ini membantu KKM untuk mengoptimum sumber manusia dan petugas-petugas kami untuk membantu dan mempercepat saringan di lapangan," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham menafikan dakwaan bahawa kapasiti katil di hospital kerajaan tidak mencukupi bagi merawat pesakit bukan COVID-19, kerana hanya pesakit COVID-19 di tahap tiga hingga lima yang dirawat di hospital.
"Mereka yang dimasukkan ke hospital adalah amat kurang iaitu pesakit berada di tahap tiga dengan jumlah pesakit ialah 4.2 peratus, tahap empat (1.7 peratus) dan tahap lima (0.6 peratus). Jadi, kami sebenarnya tiada masalah dalam merawat pesakit bukan COVID-19 di hospital dan dakwaan ini tidak betul, " katanya.
Selain itu, beliau berkata pesakit tahap satu dan dua yang tidak bergejala serta mempunyai gejala ringan ditempatkan di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC).
"Sebelum COVID-19 melanda, hospital memang dah sesak dan yang penting adalah tahap pengurusan yang dilaksanakan," katanya, sambil menambah hanya 45 daripada 147 hospital di seluruh negara dijadikan hospital hibrid iaitu merawat kedua-dua kes (pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19).
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengatakan katil di hospital kerajaan tidak mencukupi bagi merawat pesakit bukan COVID-19 selain keadaan terlalu sesak dan masa menunggu yang lama.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini turut mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan kes bukan kecemasan dan rawatan susulan bagi penyakit bukan COVID-19 dirujuk kepada klinik atau hospital swasta bagi meringankan beban doktor di hospital dan klinik kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

KKM telah menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif. - Gambar fail

Tumpuan AWANI 7:45 - Terima suapan sejak 2016 | APMM atur gerak operasi khas
Selepas didakwa 43 pertuduhan rasuah pada Selasa, seorang anggota polis marin didakwa 101 lagi tuduhan rasuah melibatkan lebih RM243 ribu. Perairan selat melaka jadi laluan utama pati ceroboh negara. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Prosiding komital terhadap Lokman Noor Adam didengar 18 Mac
Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair berkata prosiding komital itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Majikan, pengusaha kilang perlu proaktif maklum kes COVID-19 kepada PKD
Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan PKD sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

AWANI Ringkas: Sultan Perak perkenan benar solat di masjid, surau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

COVID-19: Hospital awam, swasta diletak di bawah pengoperasian hibrid - KP Kesihatan
Hospital Kluster itu akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan KKM.

COVID-19: KKM kenal pasti tujuh lagi kluster baharu
Kesemua kluster terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 ialah 700 kes.

COVID-19: 700 kematian secara keseluruhan, ini tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 Januari.

PKP penuh? Tunggu pengumuman sebelum 4 Februari - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, pelbagai aspek akan diambil kira khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.

95 hospital swasta setuju bantu rawat pesakit COVID-19 - Dr Noor Hisham
95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Program vaksinasi COVID-19 dijangka selesai akhir tahun ini - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kami kerja berpasukan, saya hanya penyampai" - Dr Noor Hisham
Tanggapan yang mendakwa hanya Ketua Pengarah Kesihatan sahaja membuat keputusan berkaitan COVID-19 adalah tidak benar sama sekali.