WOOK sebuah kumpulan puisi, tetapi bagi yang pernah berkampung dan tinggal di Sanggar Teater Asyik di Bukit Besar Kuala Terengganu - Wook Nila ialah antara nama jenaka untuk Wikunila MS.
Walaupun kata Wook merujuk panggilan akrab pada anak kelahiran Pulau Rusa, Kuala Terengganu sejak 1987, ia tidak pernah dibayangkan akan menjadi judul antologi puisi - Wook.
Di Sanggar Teater - lebih tiga dekad lalu - anak-anak seni teater yang meminati sajak selalu bergurau-senda; seakan-akan mencipta mimpi ingin menjadi penyair.
"Jom bersajak. Pakat main sajak kuat dan kita tengok sajak siapa paling sedap," kata Mohd Saberi Muda.
Wikunila MS ialah nama pena bagi Wok aka Mohd Saberi aka Duet. Dia anak murid paling dipercayai Marzuki Ali.
Ketika itu lebih 10 orang anak muda peminat teater dan puisi tinggal di Sanggar Teater.
Rumah yang disediakan Marzuki untuk markas perkumpulan, penginapan, ruang pembacaan, sudut diskusi dan aktiviti Grup Teater Asyik.
Sesi "sajak kuat" pula ialah melepak sambil duduk di ruang tamu dan saling membacakan sajak masing-masing.
Semacam satu acara kasual beradu membaca sajak secara berantaian sambil bersila dan tertawa.
Antara yang selalu akan masuk dan menyertai lingkungan "sajak kuat" tentunya Zulkifli Mohamad, Maarof Seman RS dan Kenari Che Wan.
Kalau Rahimidin Zahari dan Mustafa Jusoh datang dari Kelantan atau Azmi Kadir datang dari Pahang - mereka akan ikut serta.
Ketika itu, semua nama-nama ini berusia awal dua puluhan dan sesi "sajak kuat" memang aktiviti yang menyeronokkan.
Ia acara mudah - hanya bergiliran membaca sajak dan diperdengarkan dengan penuh semangat.
Selalunya, setiap kali seseorang selesai membacakan karya sendiri - ia akan disusul dengan gelak ketawa.
Wikunila MS terkenal dengan kata "pualam" dan manakala Zulkifli sukakan imej nelayan.
Kenari Che Wan akan menyindir dengan ketawa berdekah-dekah.
"Pualamnya apa, talam sudah. Apanya lagi soal nelayan - macam JM Aziz!" Mereka ketawa berdekah-dekah.
Lebih 30 tahun berlalu dan sesi demi sesi "sajak kuat" kini hanya tinggal kenangan - Wikunila MS menerbitkan antologi Wook.
Sesuatu yang sentimental kerana dia memang komited dan terus menulis puisi.
Malah, Wook adalah antologi puisinya yang ketiga selepas Puisi Rahim Hayat (DBP 2008) dan Seratus Sajak Kepada (ITBM 2016).
Cuma Wook sangat personal kerana merakamkan dunia Wikunila MS sejak kecil dengan latar kampung, keluarga, saudara-mara, alam persekolahan, guru dan nama-nama khusus yang punya sentuhan kisah peribadi yang akrab.
Membacakan puisi pertama:
Kelahiran 1
"Tangis pertamanya pecah
Sewaktu halilintar membaling guruh
Ke rusuk tengkujuh
Tanah pulau rusa basah
Rahim chek berdarah"
Ini pengucapan sangat sentimental bagi sesiapa yang kenal Kampung Pulau Rusa dan tiap inci tanah yang dimaksudkan.
Melihat semula kenangan pada sebuah rumah kelahiran Wikunila MS serta Chek (bunda) yang sangat memahami aspirasi anaknya yang cintakan seni.
Ketika itu Wikunila MS sudah graduan dari Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Chek sangat berharap anaknya menjadi penjawat awam.
Padahal sesekali pulang ke rumah - antara jalan pintas dari Bukit Besar ke Pulau Rusa - Wikunila MS masih seorang budak seni yang sukakan teater, seni lukis dan puisi.
Puisi pertama dalam antologi Wook satu memori indah Wikunila MS terhadap marhum ibunya.
Itu puisi kenangan; kerana Pulau Rusa dan Chek adalah subjek paling dekat dengan realiti hidup Wikunila MS.
Perjalanan indah dalam menyelami kumpulan puisi terbaharu ini terasa semakin indah ketika menemukan sajak Wook:
"dia seorang anak kecil hitam
bermata kecil dan telinga gebeng
dihukur Tuhan melalui tangan hujan
dalam gemuruh suara halilintar berkelahi
dan bah bulan dua belas melengkapi"
Inilah dunia kenangan Wikunila MS dalam terus mengingati desa kelahirannya. Serta bulan Disember yang sinonim dengan datangnya tengkujuh dan lebatnya musim hujan di Pantai Timur.
Semua 60 buah puisi Wook boleh dibaca dalam buku terbaru Wikunila MS yang diterbitkan Kelas Teater Terengganu (2020).
Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada tiga belahan. Catatan antara Tanah Pulau, Sekolah Paloh dan Pulau Rusa Rang.
Membaca puisi Wook adalah membaca kesederhanaan penyairnya.
Kumpulan puisi tanpa obses mengejar sensasi seorang penyair. Puisi-puisi naif tanpa perlu kita berasa "sakit kepala" menyelongkar keanehan tema, kecelaruan simbol atau ragaman diksi.
Tiada juga naratif untuk cuba menjadi dewa kata-kata atau dewa tema yang mengatasi sifat sederhana manusia.
Wook hanya ucapan-ucapan yang jernih dan cukup sederhana dalam merakamkan tanggapan hidup seorang penyair Wikunila MS.
Sejak muda, dan selepas tiga dekad - Wook tidak mengejar apa-apa sebagai penyair; selain menulis dengan tenang kerana memenuhi kecintaannya pada puisi.
Wook juga memenuhi kemahuan dan impian kepenyairan yang tumbuh sejak tiga dekad lalu bersama semangat zaman "puisi kuat".
Wikunila MS kekal aktif menulis dalam kesibukan kerjaya di Muzium Negeri Terengganu.
Selain memimpin Grup Teater Asyik dan terus berkolaborasi bersama penasihat, guru dan rakan senimannya yang paling akrab, Marzuki Ali.
Wikunila MS berkelulusan Sarjana Falsafah Kesusasteraan UKM dan akrif menulis di pelbagai penerbit sejak lewat 80-an.
Membaca Wook adalah menelusuri puisi dirinya; anak desa yang tenang dan sederhana.
Menikmati satu demi satu puisi Wook menjadikan kita berasa nyaman tanpa diikat ambisi kepenyairan dengan kata-kata untuk mencari puncak diri dalam puisi.
Itu kelebihan Wook dari tangan seorang Wikunila MS yang sederhana. Puisi hanya kakasan khas yang menjadi titik pertemuan antara kata-kata dengan maknanya.
Wook menyair secara sederhana. Seperti puisi "mengutip duku".
"musim duku mengajar kami
bagaimana menjadi pemanjat bijak
mengikat dahan pokok memetik gugus buah
sebelum pindah ke galas bahu."
Atau mengenang:
cikgu yunus
"benarlah kata pujangga
kasih guru sepanjang hayatnya
doa kami bergema
antara hiba dan gembira..."
Wook antologi 60 puisi Wikunila yang sederhana dan indah.
Wook merehatkan kita dari kepenatan membaca puisi-puisi masa kini yang terlalu dijenuhkan dengan penunggangan kata-kata.
Peluncuran yang menghayun ke sana-sini dengan segala macam keanehan tetapi hanyut entah ke mana.
Bagi yang ingin memiliki Wook sila singgah di Facebook Mohd Saberi Muda atau Instagram Pensilkaler.
___________________________________________________________________________________
* Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Jun 29 2020
Wook hanya ucapan-ucapan yang jernih dan cukup sederhana dalam merakamkan tanggapan hidup seorang penyair Wikunila MS. - Gambar Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.