PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Beliau berkata Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip-prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat.
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, Kod Etika Wartawan Malaysia turut dilihat sebagai satu panduan kepada wartawan untuk mendepani cabaran teknologi dalam kerjaya mereka.
"Antara tanggungjawab yang diutamakan oleh wartawan ialah laporan berita secara seimbang, adil, berkredibiliti, jujur serta menghormati kerahsiaan sumber," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di sini hari ini.
Kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegriti, dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Sementara itu, Mustapa berkata wartawan juga hendaklah memegang nilai-nilai tinggi iaitu ketelusan, integriti dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka.
"Kepentingan awam harus dikedepankan dalam setiap pemberitaan, dan kepatuhan terhadap undang-undang harus diutamakan.
"Dengan memegang teguh nilai-nilai ini, wartawan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus dan seimbang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip-prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat. - Gambar hiasan
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Komuniti perniagaan perlu teroka peluang di Kazakhstan - PM
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
Kod Etika Wartawan tidak akan sekat kebebasan bersuara media - Fahmi
Kod Etika Wartawan Malaysia akan memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih.