TASHKENT: Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev berkata, lawatan bersama wakil dalam kalangan perniagaan serta mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan di kedua-dua negara akan diteruskan.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap dan berkesan bukan sahaja dalam sektor barangan dan perkhidmatan arus perdana tetapi turut melibatkan pelancongan, peluang penjagaan kesihatan dan bidang lain yang memberi manfaat bersama.
“Dua pemimpin berkenaan menekankan kepentingan mengutamakan pengembangan perdagangan dan kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan antara Uzbekistan dan Malaysia,” kata kenyataan itu.
Anwar dan Mirziyoyev juga mengambil maklum mengenai peningkatan ketara dalam jumlah perdagangan bersama dalam barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara sejak tujuh tahun lalu serta keperluan untuk mengenal pasti peluang yang belum diteroka dan menyatakan kesediaan untuk mengembangkannya lagi pada beberapa tahun akan datang.
“Kedua-dua pemimpin turut bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk mengadakan rundingan tetap antara agensi bertanggungjawab kedua-dua negara untuk membincangkan isu mewujudkan keadaan yang menggalakkan bagi jumlah perdagangan dua hala, mempelbagaikan komposisi pertukaran barangan dan meningkatkan jumlahnya,” kenyataan berkata.
Bagi merangsang perdagangan bersama, kedua-dua pemimpin juga menekankan keperluan untuk meneruskan kerja secara sistematik dalam pembangunan selanjutnya dalam ketersambungan pengangkutan udara dan mewujudkan laluan logistik baharu yang mudah untuk memastikan kedua-dua negara menjalankan perniagaan dengan lancar.
“Untuk memudahkan proses eksport dan import, kedua-dua pemimpin berkenaan mengambil maklum mengenai keperluan untuk mempercepatkan kerjasama antara badan kawal selia teknikal yang menyelia piawaian produk di kedua-dua negara dan bagi menyepadukan sistem maklumat dalam bidang fitosanitasi,” kata kenyataan itu.
Pada 2023, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan adalah RM451.1 juta (AS$94.03 juta) dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (AS$414,518).
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin berpuas hati bahawa terdapat beberapa penglibatan progresif antara Uzbekistan dan Malaysia dalam mewujudkan ekosistem industri halal kondusif yang akan membawa manfaat bersama.
“Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Uzbekistan juga menekankan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor ekonomi dan membincangkan kemungkinan projek bersama dalam tenaga, termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui, kimia, elektronik dan kejuruteraan elektrik, farmaseutikal dan tekstil, industri perlombongan dan metalurgi, pemprosesan produk pertanian dan industri makanan, kejuruteraan dan pembinaan.
“Dari pihak Malaysia, ia mengesahkan sudah bersedia untuk menggalakkan wakil komuniti perniagaan melabur di wilayah Uzbekistan manakala pihak Uzbekistan pula menyatakan kesediaannya untuk memberikan bantuan diperlukan kepada pelabur Malaysia bagi memudahkan prosedur menjalankan perniagaan di negara berkenaan,” kata kenyataan itu.
Selain itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk memudahkan prosedur pelaburan untuk kemasukan dan keluar pelabur sekali gus mewujudkan persekitaran kondusif untuk pertukaran aktiviti berkaitan pelaburan yang sihat antara Malaysia dan Uzbekistan.
“Bagi menggalakkan kerjasama industri bersama, dua pemimpin itu menyokong cadangan mewujudkan zon perindustrian Uzbekistan-Malaysia di Uzbekistan merangkumi laluan selamat untuk barangan serta mengkaji rangka kerja undang-undang kerjasama dalam melindungi ahli perniagaan kedua-dua negara,” kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Mirziyoyev.
Dalam pertemuan sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada 2.15 petang waktu tempatan.
Uzbekistan adalah persinggahan terakhir lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah.
Sebelum ini beliau melawat Republik Kyrgyz dan Kazakhstan. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Perdana Menteri Anwar mengadakan mesyuarat bersama Presiden Shavkat Mirziyoyev di Istana Presiden Kuksaroy, di Tashkent, pada Jumaat. - Gambar Bernama

Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang
Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan PKR kini berdepan risiko amalan politik wang bagi menarik sokongan khususnya pada pemilihan sesi 2025-2028.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025
Malaysia melakar sejarah apabila dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di ibu negara dari 4 hingga 8 Nov ini.

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.

Nakbah 77: BDS seru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot
Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail menyeru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot ke atas syarikat yang didakwa membantu rejim Israel.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

JAS Pulau Pinang arah 38 kontena plastik tercemar dihantar pulang ke negara asal
Sebanyak 38 kontena yang membawa campuran sisa plastik tercemar seumpama sampah dibawa masuk melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), diarah dihantar pulang ke negara asal.

Malaysia gesa WTO laksana pembaharuan untuk kekal relevan dalam sistem perdagangan global
Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

PM Anwar, Putin suarakan hasrat bersama perkukuh perdagangan, pelaburan
Malaysia dan Rusia menyatakan hasrat bersama untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan sekali gus menandakan lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia yang semakin berkembang.

Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia bertemu Vietnam di separuh akhir
Regu negara menepati ramalan mara ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas mengetepikan Brunei dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir.

Malaysia perbaharui komitmen untuk keamanan sejagat
Antara komitmen baharu itu ialah Malaysia akan menyiapkan satu Batalion Infantri untuk misi pengaman di bawah mandat PBB.