PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Beliau berkata Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip-prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat.
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, Kod Etika Wartawan Malaysia turut dilihat sebagai satu panduan kepada wartawan untuk mendepani cabaran teknologi dalam kerjaya mereka.
"Antara tanggungjawab yang diutamakan oleh wartawan ialah laporan berita secara seimbang, adil, berkredibiliti, jujur serta menghormati kerahsiaan sumber," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di sini hari ini.
Kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegriti, dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Sementara itu, Mustapa berkata wartawan juga hendaklah memegang nilai-nilai tinggi iaitu ketelusan, integriti dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka.
"Kepentingan awam harus dikedepankan dalam setiap pemberitaan, dan kepatuhan terhadap undang-undang harus diutamakan.
"Dengan memegang teguh nilai-nilai ini, wartawan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus dan seimbang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip-prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat. - Gambar hiasan
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
US$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
Bank Negara Malaysia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.35 bilion.
Kod Etika Wartawan tidak akan sekat kebebasan bersuara media - Fahmi
Kod Etika Wartawan Malaysia akan memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih.