awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolaborasi swasta dalam STEM, pacu negara menjadi negara maju

Bernama
Bernama
20/11/2017
22:33 MYT
Kolaborasi swasta dalam STEM, pacu negara menjadi negara maju
MAHDZIR: Sektor swasta boleh membantu mempercepatkan proses mendidik pelajar terutama dalam kemahiran teknologi serta inovatif dalam budaya digital dan robotik. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan mengalu-alukan usaha kolaboratif dan penyertaan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negara.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penglibatan pihak swasta dalam pembangunan Pendidikan STEM boleh membantu meningkatkan dan memacu negara menjadi sebuah negara maju.
"Sektor swasta boleh membantu mempercepatkan proses mendidik pelajar terutama dalam kemahiran teknologi serta inovatif dalam budaya digital dan robotik.
"Contohnya, kementerian dalam sesuatu masa hanya boleh menganjurkan satu pertandingan robotik, tetapi dengan adanya kolaborasi ini, pihak swasta boleh menganjurkan lebih banyak pertandingan yang dapat dimanfaatkan pelajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup 'World of Robotics National Championship 2017' di sini, pada Isnin.
Katanya, penganjuran pertandingan seumpama ini turut selari dengan Anjakan Kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
World of Robotics National Championship (WRC) yang diadakan selama tiga hari bermula Sabtu lepas adalah pertandingan peringkat kebangsaan anjuran World of Robotics Sdn Bhd.
Ia bertujuan mengembangkan potensi dalam bidang sains dan inovasi robotik dalam kalangan pelajar.
Lebih 500 pelajar daripada 90 sekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah menyertai pertandingan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#Pendidikan STEM
#robotik
#STEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan