awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam hotel untuk kegunaan pelajar sekolah: KPM perlu sediakan jurulatih renang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/01/2019
09:39 MYT
Kolam hotel untuk kegunaan pelajar sekolah: KPM perlu sediakan jurulatih renang
Jurulatih renang juga perlu disediakan kepada syarikat swasta, universiti dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan tersebut. - Gambar hiasan
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu sediakan jurulatih renang bagi menyenangkan industri hotel untuk membenarkan pelajar sekolah belajar berenang menggunakan fasiliti mereka.
Menurut Ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara (MKAA), Tan Sri Lee Lam Thye, jurulatih renang juga perlu disediakan kepada syarikat swasta, universiti dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan tersebut.
“Perlu ada tindakan susulan untuk berbincang dengan lebih serius mengenai cadangan KPM untuk menggunakan fasiliti hotel dan sebagainya bagi menggunakan kolam renang mereka.
“Perbincangan dari segi praktikal dan pelaksanaan perlu diadakan dan sekiranya industri hotel dapat memberi peluang kepada pihak sekolah, saya rasa ia boleh dilaksanakan. Begitu juga dengan pihak swasta, universiti dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai tragedi lemas tiga beradik Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, yang lemas selepas ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, jam 6.40 petang Ahad lalu.
“Sekali lagi ingin saya nasihatkan semua ibu bapa dan orang dewasa untuk sentiasa memantau anak mereka atau kanak-kanak lain ketika berada di kawasan pantai atau lokasi rekreasi air.
“Saya harap pihak sekolah akan adakan kempen kesedaran mengenai bahaya lemas setiap kali musim cuti dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelemat , NGO serta Majlis Keselamatan Aktiviti Air dan juga Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia,” jelas beliau yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik mangsa lemas itu.
Pada 21 November lalu, Menteri Pendikan Dr Maszlee Malik mahu mengadakan perbincangan dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah.
Beliau berkata cadangannya itu tidak hanya merujuk kepada pihak hotel semata-semata tapi kepada semua pihak baik syarikat swasta, universiti, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membantu Kementerian Pendidikan.
Topic Berkaitan
#hotel
#industri hotel
#jurulatih renang
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Lee Lam Thye
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan