KELUK kebolehjangkitan COVID-19 yang semakin menaik tanpa menunjukkan sebarang tanda untuk menurun mencetuskan kebimbangan.
Saban hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan statistik peningkatan kes positif COVID-19 dan angka tersebut sudah mencecah hampir 5,000 sehari.
Kadar ini dijangka melangkaui enam angka pada akhir tahun ini sekiranya orang awam tidak berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan.
Dalam usaha untuk membendung peningkatan kes COVID-19, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 10 Mei sehingga 6 Jun 2021.
Di bawah perintah baharu ini, larangan terhadap merentas negeri dan daerah dilaksanakan, kecuali dengan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Meskipun pihak kerajaan berusaha bersungguh-sungguh dengan memperkenalkan pelbagai strategi dan modus operandi, terutamanya dengan pengisytiharan perintah darurat, namun kes COVID-19 masih terus melonjak ke tahap yang membimbangkan.
Selain itu, kerajaan juga digesa meneliti pelbagai jenis virus yang lebih bahaya daripada COVID-19 termasuk penularan varian India B.1.6171, Afrika Selatan B.1.351. dan United Kingdom (UK) B.1.1.7 yang kini dilaporkan menular di seluruh dunia.
Terus melonjak
Meskipun pihak kerajaan berusaha bersungguh-sungguh dengan pelaksanaan pelbagai kaedah termasuk PKP, malah ditambah lagi dengan pengisytiharan perintah darurat, kes COVID-19 masih terus melonjak ke paras yang amat berbahaya dan membimbangkan.
Banyak persoalan ditimbulkan dalam kalangan rakyat terutamanya media sosial tentang punca atau sebab penularan pandemik COVID-19 yang terus meningkat tanpa sebarang titik noktah.
Ada yang mendakwa kerajaan gagal dalam mengawal penularan COVID-19 dengan berkesan dan ada pula yang menyangkal dakwaan tersebut.
Namun, sebahagian besar rakyat yakin kerajaan mampu menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan sekiranya rakyat sedar dan memikul tanggungjawab bersama kerajaan untuk menawan gejala yang tercetus di seluruh dunia.
Mencari kesalahan dan menuding jari kepada pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah penularan pandemik COVID-19.
Sebaliknya, rakyat perlu sedar bahawa kegagalan dan sikap tidak endah terhadap peraturan SOP oleh segelintir orang awam yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penularan pandemik.
Rakyat perlu sedar bahawa perayaan-perayaan agama dan kebudayaan perlu disambut dengan sederhana malah dengan norma baharu.
Ini dapat dilihat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu dan Thaipusam baru-baru ini.
Umat Islam bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP untuk menghindari dari timbul 'Kluster Hari Raya'.
Begitu juga penganut agama Hindu yang mengadakan perarakan pedati secara sederhana tanpa ramai orang berkumpul untuk menghindari wujudnya Kluster Thaipusam.
Patuh arahan
Meskipun PKP tidak melarang pergerakan dalam sesuatu kawasan tertentu, larangan untuk merentasi beberapa daerah dan negeri perlu dipatuhi selain SOP yang ditentukan Majlis Keselamatan Nasional (MKN).
Kebenaran pelu diperolehi daripada PDRM untuk melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah.
Apapun, orang ramai terutamanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri perlu berhati-berhati malah bertanggungjawab untuk mematuhi SOP untuk mengelakkan Kluster Hari Raya.
Umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bukan Islam yang menumpang cuti raya serta dapat balik ke kampung perlu kekal duduk di rumah masing-masing bersama keluarga.
Duduk di rumah semasa cuti raya juga merupakan amalan norma baharu yang mulia dalam konteks menyelamatkan diri daripada bahaya ancaman jangkitan COVID-19.
Apapun, rakyat perlu bijak dengan sanggup mengurangkan kontak dengan orang lain.
Ada yang menyarankan bahawa rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di India di mana kes COVID-19 melonjak setiap hari serta kini di luar kawalan.
Hospital-hospital di India dipenuh kes COVID-19 sehingga tidak mampu lagi untuk membekalkan bantuan oksigen dan katil bagi mangsa COVID-19.
Ribuan meninggal dunia di seluruh India tanpa mendapat bantuan yang sepatutnya.
Jumlah penduduk India dianggarkan 1,391,271,798 dan jumlah kes COVID-19 sehingga kini yang dilaporkan adalah 20,275,543.
Ini bersamaan satu kes bagi setiap 68.6 orang.
Di Malaysia pula, jumlah penduduk adalah 32,710,014 dan jumlah kes COVID-19 adalah 417,512 yang menunjukkan nisbah 1 kes bagi setiap 78.3 orang.
Angka ini menunjukkan nisbah penduduk dengan kes COVID19 adalah hampir sama dengan India.
Peningkatan kes COVID-19 dengan tiba-tiba dipercayai berlaku akibat sikap tidak bertanggungjawab rakyat India yang kurang mematuhi SOP dalam kehidupan harian, terutamanya semasa menyambut perayaan agama dan budaya.
Mereka cuai dan memandang enteng arahan kerajaan dan SOP yang diisytiharkan kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, rakyat perlu berhati-hati, bertanggungjawab dan bijak dalam menyambut perayaan agama dan budaya.
Setiap individu perlu sedar tanggungjawab mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam membanteras pandemik COVID-19.
Rakyat perlu bertindak bijak dalam menghindari COVID-19 supaya mereka kekal sihat dan selamat.
Menjaga keselamatan nyawa diri dan generasi kita adalah antara tanggungungjawab utama yang dituntut oleh semua agama.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, sosiobudaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Thu May 13 2021
Rakyat perlu bertindak bijak dalam menghindari COVID-19 supaya mereka kekal sihat dan selamat. - Gambar hiasan/ Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.