KETIKA tahun kedua pandemik COVID-19 menghampiri penghujungnya, tanpa diduga tragedi berkembar melanda sebahagian besar negeri di Semenanjung.
Secara umum, seperti tahun-tahun lalu, agensi-agensi kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi impak banjir, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan awal bulan lalu mengenai kemungkinan hujan lebat menjelang penghujung tahun.
Seperti saban tahun, amaran dan persiapan awal telah pun dibuat.
Bagaimanapun, mesej kesiapsiagaan tidak sampai ke lapangan. Berjuta warga Lembah Klang dihimpit kesukaran luar biasa yang tidak dijangka.
Begitu juga di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Impak banjir paling teruk yang dialami pada tahun 2014 di Pantai Timur. Kawasan berhampiran World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), yang terletak berhampiran dengan aliran Sungai Gombak turut dilanda banjir luar biasa.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meredah air banjir di sekitar WTCKL pada 18 Disember lalu, pada malam hari Sabtu, selepas lebih 30 jam ibu negara dilanda hujan.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat beberapa kawasan di Selangor yang teruk dilanda banjir, paling teruk selepas 1990-an.
Sehari kemudian, Perdana Menteri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Malah menurut beliau, tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting.
Tatkala suasana bercampur kesedihan dan mangsa mengharapkan bantuan daripada pihak yang diharapkan, iaitu kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dan apabila bantuan dan sokongan tidak tiba, lumrah bagi mangsa melepaskan rasa terkilan dan kecewa.
Maka, munculah tuding-menuding antara satu sama lain. Berdasarkan pengalaman saya, ini kali pertama rakyat meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka.
Saya tidak pernah menyaksikan ketebalan rasa marah rakyat terhadap pihak kerajaan. Di sebaliknya, agensi-agensi kerajaan mempunyai alasan tersendiri. Ada yang telah mengambil langkah penambahbaikan dengan serta-merta.
Bencana besar ini bukan kali pertama melanda negara. Pengalaman masa-masa lalu sepatutnya telah menyediakan kita banyak pengajaran untuk berhadapan dengan musibah.
Ia telah dan sepatutnya telah menyediakan banyak pengajaran mengenai kaedah, pendekatan dan cara untuk kita menangani bencana dan impak yang dicetuskan.
Nampaknya kita belum bersedia untuk berhadapan dengan bencana bertaraf nasional. Agensi-agensi kita sudah dilengkapkan dengan pelbagai strategi, kemudahan dan teknologi untuk menghadapi banjir dalam skala kecil-kecil, termasuk negeri berindividu.
Tetapi, bukannya bencana besar peringkat nasional. Kemungkinan kita tidak cukup sumber dalam semua segi dalam memobilisasi gerakan besar-besaran.
Di sebalik perubahan landskap politik berbanding keadaan yang disaksikan lima dekad lalu, sudah sampai masa untuk kerajaan Pusat mengambil langkah untuk mengkoordinasikan bencana dalam skala besar.
Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan negeri perlu memainkan peranan secara lebih tersusun. Ini bukan lagi soal pangkat, jawatan, kedudukan dan kuasa untuk menggerakkan operasi menyelamat dan mencari.
Bukan masa untuk menyalahkan satu sama lain. Ini soal nyawa. Kemungkinan kita boleh menyelamatkan banyak nyawa daripada terkorban jika tenaga disatukan dan digerakkan dengan pantas.
Kita boleh menyelamatkan ramai daripada memasuki hospital. Kita boleh mengelakkan ramai daripada menaiki bumbung rumah mencari tempat untuk berteduh, lalu mengharapkan bantuan.
Perancangan menyeluruh dan fleksibel perlu dirangka sebaik sahaja kita memasuki pascabencana.
Apa pun kita patut mengucapkan syabas kepada setiap sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, anggota RELA, anggota Angkatan Pertahanan Awam, kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah menghulurkan bantuan dan masih meneruskan sumbangan bagi membantu mangsa.
Juga kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menghalalkan segala barangan yang diambil jika ia dibuat demi kelangsungan hidup dan terdesak akibat bantuan yang lewat tiba.
Saya menghargai jiwa besar beliau. Ia membawa kepada insiden tindakan sekumpulan menghentikan lori Gardenia yang membawa bekalan roti ketika banjir besar di Terengganu pada tahun 2013.
Satu lagi tragedi yang mengingatkan kita betapa rakyat meletakkan harapan tinggi ke atas mereka menerajui kerajaan.
Jangan mengecewakan rakyat. Kita perlu ada pelan pengurusan bencana sebelum, semasa dan selepas yang lebih efektif. Kita perlu berwaspada sepanjang masa. Tragedi seharusnya mendekatkan rakyat dan kerajaan, bukan sebaliknya.
* Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim merupakan Ahli Panel Pemikir Kementerian Perpaduan Negara merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Irmohizam Ibrahim
Tue Dec 28 2021
Di sebalik perubahan landskap politik berbanding keadaan yang disaksikan lima dekad lalu, sudah sampai masa untuk kerajaan Pusat mengambil langkah untuk mengkoordinasikan bencana dalam skala besar. - Gambar BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.