awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan

Yahaya Abdullah
Yahaya Abdullah
18/06/2025
17:00 MYT
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
WCR bukan ranking kosmetik. Ia menilai keupayaan sesebuah negara untuk mencipta ekosistem mesra pertumbuhan jangka panjang. - Gambar hiasan/Bernama
PADA pagi 17 Jun 2025, satu tajuk berita melintasi skrin peranti kita ,namun bukan seperti biasa. Di celah pelbagai berita rutin, terpampang sebuah kenyataan yang memberangsangkan;
“Malaysia advances 11 spots in World Competitiveness Ranking (WCR) 2025.”
Kepada yang hanya memandang sepintas lalu, ini mungkin sekadar satu lagi senarai tahunan global. Tetapi kepada mereka yang mengikuti denyut nadi ekonomi dan dasar negara, ini bukan ranking biasa-biasa.Ia adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap kebangkitan semula Malaysia. Sebuah negara yang menolak untuk terus ketinggalan. Lebih penting, sebuah negara yang akhirnya memilih untuk memperbaiki dirinya secara sistematik, bukan simbolik.
Bukti dunia bahawa kita sedang bangkit
Daripada kedudukan ke-34 pada tahun lalu, Malaysia kini melonjak kepada tangga ke-23 yang dinilai oleh World Competitiveness Ranking (WCR) 2025, diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD), Switzerland.
Paling membanggakan, ini adalah kedudukan tertinggi negara sejak tahun 2020. Dalam sub-kategori Prestasi Ekonomi, Malaysia kini menduduki tangga keempat berbanding tangga kelapan tahun lalu. Ia bukan sekadar kemajuan teknikal, ini adalah naratif global baharu yang sedang terbina tentang Malaysia.
Mengapa ranking ini penting?
WCR bukan ranking kosmetik. Ia menilai keupayaan sesebuah negara untuk mencipta ekosistem mesra pertumbuhan jangka panjang. Antara empat komponen utamanya;
1. Prestasi Ekonomi
2. Kecekapan Kerajaan
3. Kecekapan Perniagaan
4. Infrastruktur
Maknanya - Bila ranking naik, pelabur datang. Bila sistem lancar, rakyat sokong. Bila dunia percaya, negara pun mula percaya kepada dirinya sendiri.
Kejayaan ini bukan milik satu tokoh atau satu kementerian semata-mata. Ia hasil koordinasi strategik pelbagai pihak;
1. MITI – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
2. JKDSN – Jawatankuasa Daya Saing Negara
3. STAR Taskforce – Pasukan Reformasi diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Mereka ini bukan hanya penggubal dasar, tetapi arkitek pelaksanaan. Mereka mengubah pelan menjadi tindakan dan tindakan menjadi hasil.
4. STAR – Wira Pasukan Petugas Khas Reformasi, diam tapi berhasil
Di sebalik nama teknikal “Special Taskforce on Agency Reform (STAR)” tersembunyi satu kesungguhan yang telah menghidupkan lebih 1,000 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di seluruh negara.
Di bawah pimpinan Tan Sri Shamsul Azri, STAR memfokuskan kepada;
• Merombak SOP lapuk
• Memendekkan masa kelulusan
• Mempercepatkan digitalisasi
• Mewujudkan budaya penyelesaian, bukan alasan
Jika anda terasa urusan kerajaan lebih cepat, itu bukan kebetulan. Itu hasil kerja STAR. Mereka membenamkan retorik dan menggantikannya dengan hasil yang terasa di lapangan.
Apakah makna ranking ini untuk rakyat?
"Apa maknanya semua ini untuk saya, yang bayar tol, beli susu anak, dan cari kerja?” Jawapannya bukan teori. Ia bersifat nyata dan praktikal;
1.⁠ ⁠Harga barang terkawal
Ekonomi yang cekap dan ringgit yang stabil menurunkan kos import. Barang asas tidak naik mendadak.
2.⁠ ⁠Lebih mudah memulakan perniagaan
Proses lesen dipercepat, platform digital diperluas. Peniaga kecil di kampung hingga start-up belia di bandar mula merasa kesannya.
3.⁠ ⁠Pendidikan dan internet untuk semua
Sekolah luar bandar semakin banyak dilengkapi internet berkelajuan tinggi — peluang pendidikan semakin saksama.
4.⁠ ⁠Pekerjaan baharu, latihan baharu
Pertumbuhan sektor kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan ekonomi digital mencipta peluang kerja, ditambah dengan program latihan semula (reskilling) oleh GLC dan agensi kerajaan.
Reformasi bukan hanya pada akta dan mesyuarat ,ia mula bermakna apabila penjual keropok tidak lagi perlu tiga kali ke pejabat daerah untuk lesen, atau syarikat eksport kecil dapat kelulusan kastam dalam sehari. Inilah “quiet revolution” yang sedang berlaku dan ranking hanyalah cerminan kepada perubahan tersebut.
Perdagangan antarabangsa — Nafas baharu ekonomi
Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam kategori Perdagangan Antarabangsa, kini menduduki tempat keenam;
• Eksport semakin kukuh
• Pasaran semakin pelbagai
• Sektor servis bernilai tinggi seperti pelancongan kesihatan dan elektrik menyumbang lebihan dagangan terkuat dekad ini.
Malaysia bukan lagi hanya bergantung pada minyak dan gas — kita sedang melakar peta ekonomi baharu.
MADANI – Daripada komitmen ke keputusan terukur
Ramai menyangka “MADANI” sekadar slogan .Tetapi kini ia sudah menjadi;
• Rangka kerja dasar ekonomi
• Panduan transformasi perkhidmatan awam
• Kompas pembangunan wilayah
Lonjakan WCR ini adalah bukti bahawa MADANI kini menjadi kerangka reformasi sebenar, bukan lagi naratif promosi.
Rakyat Malaysia pernah hilang kepercayaan. Terlalu banyak janji, terlalu banyak pusingan ulangan. Tetapi kali ini, yang berubah bukan hanya cakap - tetapi sistem.
Rakyat tidak mahu dijanjikan syurga. Mereka hanya mahu sistem yang adil dan berfungsi. Kini mereka mula percaya;
“Mungkin kali ini… negara betul-betul sedang berubah.”
Apa agenda yang perlu dilakukan selepas ini?
Untuk memastikan kejayaan ini bukan bersifat sementara, kerajaan mesti;
1.Perkasakan National Competitiveness Command Centre (NCCC) Untuk pantau dan gerakkan strategi lintas kementerian secara real time.
2. Bina naratif nasional yang menyatukan
Contoh:
“Ranking kita, hak kita.”
“Malaysia sedang bangkit.”
3. Gerakan penglibatan rakyat
Laporan kemajuan perlu difahami oleh rakyat - bukan sekadar dibaca oleh birokrat.
4. Laksanakan reformasi tidak popular
Sistem pendidikan, penjawat awam, subsidi dan perolehan perlu diteruskan - walaupun menyakitkan, ia perlu.
Ranking ini milik kita semua
Jangan salah faham. Kejayaan ini bukan hanya milik kerajaan.
• Guru mesti tanamkan semangat baru dalam muridnya.
• Anak muda mesti ubah telefon dari alat hiburan kepada alat produktiviti.
• Penjawat awam mesti anggap kerja mereka sebagai jihad amanah.
• Rakyat mesti menjadi pengundi yang matang, bukan mudah termakan hasutan.
Nilai strategik di sebalik statistik
Ranking hanyalah angka. Tetapi angka ini membawa mesej besar. Malaysia tidak akan patah kerana semangat rakyatnya tidak pernah mati.
“Ini baru Malaysia yang kami mahu.”

* Yahaya Abdullah adalah bekas Panel Pemikir JASA dan Ahli Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#hilang kepercayaan
#kecerdasan buatan
#perkhidmatan awam
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami