PERKAHWINAN kedua seorang selebriti lelaki baru-baru ini membangkitkan perdebatan hangat tentang poligami (perkahwinan seorang dengan lebih daripada seorang pasangan) atau lebih tepatnya dalam kes ini, poligini (perkahwinan seorang lelaki dengan lebih daripada seorang wanita).
Lazim kita mendengar tentang kecaman wanita terhadap poligami kerana kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi suami dengan perempuan yang lain, sepertimana kebanyakan lelaki tidak ingin berkongsi kekasihnya dengan lelaki yang lain.
Apabila wanita mengecam poligami, seolah-olah poligami ini menguntungkan dan harus dibela oleh kaum lelaki. Apakah poligami benar-benar menguntungkan lelaki?
Lelaki yang saya ingin bincangkan bukan segelintir lelaki yang beristeri ramai, tetapi lelaki kebanyakan yang beristeri seorang atau tidak/belum beristeri.
Naif kalau kita andaikan bahawa semua lelaki mempunyai kepentingan yang sama, sepertimana kalau kita andaikan semua individu dalam satu kaum atau umat agama mempunyai kepentingan yang sama.
Secara analogi, bos Genting Highlands adalah keturunan Cina dan saya juga keturunan Cina.
Adakah kerana kami kedua-dua keturunan Cina, maka rezekinya akan dikongsi saya dan saya harus bela kepentingannya? Sudah tentu tidak.
Apakah poligami menguntungkan lelaki kebanyakan?
Kalau berfikir secara positif, mereka mungkin menyertai lelaki berbini ramai sehari nanti. Kalau lelaki lain boleh, kenapa tidak kita? Mungkin cuma belum sampai masanya?
Ini tidak lain daripada menonton wayang James Bond dan kemudian berangan-angan sehari nanti sendiri juga akan diiringi pengintip wanita yang mengancam, atau membeli loteri kerana lihat orang lain yang berkebelakangan seperti sendiri kena jackpot.
Siapa yang boleh memberi jaminan nasib kita akan sebaik seperti nasib orang lain?
Kalau berfikir secara saintifik, kita perlu lihat nisbah lelaki kepada perempuan dalam populasi.
Nisbah di dunia adalah sekitar 105 orang bayi lelaki kepada 100 orang bayi perempuan pada kelahiran.
Kerana perempuan biasanya hidup lebih panjang, nisbah perempuan akan perlahan-lahan meningkat dengan meningkatnya usia.
Di Malaysia, untuk golongan berumur 15 hingga 64 tahun, nisbahnya ialah lebih-kurang 1.03 orang lelaki kepada 1 orang perempuan.
Andaikan mereka semua berkahwin dengan seorang pasangan, untuk setiap 1,000 orang perempuan, 3 orang lelaki akan mendapati diri mereka ketiadaan wanita bujang untuk dikahwini.
Apa jadi kalau 10 orang (1 peratus) daripada setiap 1,000 orang lelaki akan kahwin isteri kedua?
Lelaki yang tiada wanita untuk dikahwini meningkat menjadi 13 orang. Kalau mereka berkahwin tiga, maka lelaki tanpa pasangan meningkat kepada 23 orang.
Siapa agaknya lelaki yang tidak dapat kahwin? Biasanya orang kebanyakan.
Apa jadi kalau orang-orang tua yang kaya asyik mengambil gadis-gadis muda sebagai isteri muda?
Dengan setiap gadis yang menjadi madu, tambahlah seorang pemuda kebanyakan yang bujang dan sepi secara terpaksa.
Kalau kita sokong ‘hak’ majikan untuk membayar kakitangannya dengan gaji rendah, sedangkan kita kelas pekerja dan bukan majikan, kemungkinan kita yang akan sengsara kerana gaji rendah.
Poligami tidak akan merugikan lelaki kebanyakan hanya jika masyarakat menghadapi masalah kekurangan lelaki, misalnya kerana peperangan atau penghijrahan.
Dalam masyarakat normal, jika lelaki kebanyakan yang belum kahwin menyokong amalan poligami kerana berangan-angan sehari nanti sendiri akan mempunyai beberapa orang, jangan-jangan nanti sendiri tidak dapat beristeri.
Wahai, lelaki kebanyakan, baik fikir masak-masak sebelum menyokong poligami.
Maggi cintan semuanya mi,
Bosan kalau makan hari-hari.
Sebelum menyokong poligami,
Anggar dulu nasib sendiri.
* Prof Wong Chin Huat ialah seorang saintis politik, pencinta keindahan pantun dan kini Timbalan Ketua (Strategi), ibu pejabat Asia untuk Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari PBB (SDSN) di Sunway University.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Wong Chin Huat
Sat Aug 26 2023
![[KOLUMNIS] Poligami rugikan lelaki kebanyakan [KOLUMNIS] Poligami rugikan lelaki kebanyakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693015064_AkadNikah.jpg)
Poligami tidak akan merugikan lelaki kebanyakan hanya jika masyarakat menghadapi masalah kekurangan lelaki, misalnya kerana peperangan atau penghijrahan. (Gambar kecil) Prof Wong Chin Huat.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.
Kes denggi dijangka melonjak hujung tahun ini
Pakar Perubatan Kesihatan Awam KKM, Dr Wan Ming Keong memaklumkan, kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini berdasarkan trend sejak 10 tahun lepas.

Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik
Lima rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik.
![[KOLUMNIS] Tiada salah berbaik dengan China, tapi jangan sampai terkorban kepentingan negara [KOLUMNIS] Tiada salah berbaik dengan China, tapi jangan sampai terkorban kepentingan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682673394_TBKAPALFILIPINA.jpg)
[KOLUMNIS] Tiada salah berbaik dengan China, tapi jangan sampai terkorban kepentingan negara
Hubungan baik Malaysia dan China tidak seharusnya sampai ke tahap mengorbankan kepentingan strategik dan kedaulatan negara.
![[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan [KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695741928_AnwarIbrahimUNGA.jpg)
[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan
Anwar sepatutnya lebih kritikal dan berwaspada terhadap tindakan China yang boleh mengancam kedaulatan dan kepentingan negara.
![[KOLUMNIS] Menulis semula sejarah merdeka [KOLUMNIS] Menulis semula sejarah merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693273669_Harikemerdekaan.jpg)
[KOLUMNIS] Menulis semula sejarah merdeka
Sejarah kemerdekaan perlu adil kepada pejuangnya termasuk ulama, wartawan dan sasterawan yang dilabelkan 'kiri' dan dihukum penjajah.
![[KOLUMNIS] Merdekakan diri dari belenggu negatif [KOLUMNIS] Merdekakan diri dari belenggu negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693271763_HariKebangsaan.jpg)
[KOLUMNIS] Merdekakan diri dari belenggu negatif
Sebagai langkah pencegahan utama bagi menghapus segala belenggu negatif ialah dengan memelihara dan menjaga solat.
![[KOLUMNIS] Teruskan memperkasa wanita Malaysia pasca 66 tahun merdeka [KOLUMNIS] Teruskan memperkasa wanita Malaysia pasca 66 tahun merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693259489_TBNurulbahiahAwang.jpg)
[KOLUMNIS] Teruskan memperkasa wanita Malaysia pasca 66 tahun merdeka
Peranan wanita amat penting dalam pembentukan masyarakat Madani demi melahirkan masyarakat yang lebih mampan dan makmur.
![[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia? [KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693163790_TBKhairulAming.jpg)
[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Pesanan dititipkan Khairul Aming sarat dengan mesej buat golongan anak muda yang terdorong untuk menjadi pempengaruh media sosial sepertinya.
![[KOLUMNIS] Pelepasan air Fukushima: Adakah ia merbahaya? [KOLUMNIS] Pelepasan air Fukushima: Adakah ia merbahaya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692959761_tblojifukushima.jpg)
[KOLUMNIS] Pelepasan air Fukushima: Adakah ia merbahaya?
Kedudukan Malaysia yang sangat jauh tidak mungkin akan mengalami kesan daripada pelepasan air yang telah dirawat dari Fukushima ini kerana telah dicairkan.
![[KOLUMNIS] Poligami rugikan lelaki kebanyakan [KOLUMNIS] Poligami rugikan lelaki kebanyakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693015064_AkadNikah.jpg)
[KOLUMNIS] Poligami rugikan lelaki kebanyakan
Apa jadi kalau orang-orang tua yang kaya asyik mengambil gadis-gadis sebagai isteri muda?
![[KOLUMNIS] Konflik Laut China Selatan: Jangan ambil mudah, tingkatkan aset pertahanan negara [KOLUMNIS] Konflik Laut China Selatan: Jangan ambil mudah, tingkatkan aset pertahanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633274759_LautChinaSelatan.jpg)
[KOLUMNIS] Konflik Laut China Selatan: Jangan ambil mudah, tingkatkan aset pertahanan negara
Pelbagai konflik yang semakin kerap berlaku di Laut China Selatan ketika ini merupakan satu petanda awal bahawa ketegangan di laluan paling berharga di dunia ini akan semakin meningkat.
![[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi? [KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615566030_TBVOTINGxj.jpg)
[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?
Keluar mengundi demi UNDI - Usaha, Negara, Demokrasi dan Impian kita semua.