MALAYSIA ialah sebuah negara yang dihuni oleh rakyat yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai semenjak dari zaman sebelum merdeka.
Cara hidup masyarakat Malaysia amat dipengaruhi oleh agama, budaya dan kepercayaan.
Lebih-lebih lagi golongan wanita yang amat mementingkan adat, kepercayaan dan maruah dalam kehidupannya.
Jika dahulu, golongan wanita terpelihara daripada sebarang pengaruh kerana lebih banyak berada di rumah.
Mereka tidak diberikan peluang untuk bersekolah sehingga ke peringkat tertinggi apatah lagi bekerja jauh dari keluarga di kota-kota besar dalam sektor formal.
Golongan wanita dahulu hanya membantu keluarga di rumah dengan kerja-kerja rumah tangga dan pertanian sara diri.
Sampai waktu berkahwin, wanita akan dikahwinkan oleh ibu bapanya dengan pilihan keluarga.
Kebanyakan wanita sebelum merdeka merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan amat mentaati suami.
Wanita sebelum merdeka tidak mendapat peluang untuk belajar secara formal tentang asas kewangan, perniagaan, undang-undang, teknologi dan lebih-lebih lagi pentadbiran dan politik.
Keadaan wanita Malaysia yang merdeka amat berbeza pada hari ini. Mereka telah diberikan peluang untuk menceburkan diri dalam pelbagai arena termasuk politik, pentadbiran, pendidikan, perubatan, perkhidmatan, perkilangan, perindustrian dan sebagainya.
Malah wanita Malaysia menjawat jawatan tinggi dalam bidang profesional, kemahiran, teknologi maklumat dan perniagaan setanding lelaki.
Jurang sosial golongan wanita Malaysia telah dapat diatasi selepas 66 tahun merdeka.
Perbezaan ketara boleh dilihat apabila kajian pada tahun 2022 mendapati jumlah wanita mendaftar di institusi pendidikan tinggi awam mewakili 61 peratus daripada jumlah mahasiswa yang mendaftar, manakala hampir 53 peratus mahasiswa yang mendaftar di institusi swasta adalah golongan wanita.
Dalam memastikan hak-hak wanita Malaysia tidak dipinggirkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan pada 2001.
Pelbagai inisiatif telah diusahakan oleh kerajaan untuk pemerkasaan wanita dan keluarga melalui polisi dan undang-undang, program kekeluargaan dan keibubapaan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian.
Antara inisiatif yang telah disediakan ialah kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja, persekitaran kerja yang kondusif dan selamat, waktu bekerja fleksibel, bantuan geran berbentuk perniagaan, bantuan khas kepada suri rumah, polisi melibatkan wanita sebagai pembuat dasar dan sebagainya.
Manakala peruntukan berkenaan perlindungan gangguan seksual dan juga permohonan bekerja fleksi telah gazetkan dalam Akta Kerja 1955 pada Januari 2023.
Walaupun hak yang diberikan tidak bersifat mutlak (kerana persetujuan diperlukan daripada majikan), namun, ia secara tidak langsung menyediakan inisiatif yang baik terutama bagi wanita yang memerlukan fleksibiliti dalam bekerja dengan kekangan kesihatan dan tanggungjawab lain terutama penjagaan anak-anak.
Walaupun telah berusia 66 tahun, usaha pemerkasaan wanita merdeka masih perlu giat dilaksanakan.
Peranan wanita amat penting dalam pembentukan masyarakat Madani demi melahirkan masyarakat yang lebih mampan dan makmur.
Pemerkasaan wanita dilihat lebih penting dalam kehidupan era globalisasi teknologi maklumat.
Seiring perumpamaan yang diberikan kepada wanita iaitu “tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia” ia merujuk kepada peranan utama wanita dalam sebuah keluarga.
Walaupun wanita bergiat aktif di lapangan, namun, wanita berperanan besar agar dapat mendidik anak-anak dengan adab sopan yang tinggi dan ilmu yang bermanfaat serta menghormati orang yang lebih tua.
Wanita merdeka perlu menghayati dan memahami kelima-lima prinsip Rukun Negara iaitu;
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
2) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan Undang-undang
5) Kesopanan dan Kesusilaan
Kelima-lima prinsip Rukun Negara ini perlu dibawa bersama dalam menempa kejayaan agar tidak terpengaruh dengan budaya luar yang terpesong daripada landasan agama, budaya, dasar dan peraturan masyarakat setempat.
Janganlah dilupa bahawa kejayaan yang dicapai merupakan usaha yang dikongsi bersama bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Namun, kejayaan yang hakiki bukan hanya diukur dengan pencapaian dari sudut kebendaan semata-mata bahkan perlu dihayati dan diaplikasi dalam bentuk akhlak, adab, moral dan nilai baik dan buruk dalam semua perkara.
Oleh itu, wanita Malaysia yang merdeka perlu berani mempertahankan maruah diri sendiri daripada ditindas, dinodai dan ditipu disebabkan oleh kejahilan dan kealpaan sendiri.
Seorang wanita merdeka seharusnya mempunyai jati diri merdeka yang boleh membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada makhluk dan juga teknologi.
Wanita merdeka harus bijak memilih cara hidup yang lebih lestari iaitu dengan berpegang kepada sesuatu yang kekal abadi daripada sesuatu yang bersifat sementara.
Wanita merdeka juga adalah wanita yang mengambil cakna kepentingan masyarakat, tidak pentingkan diri sendiri dan sentiasa positif dan proaktif untuk kemajuan.
Menjadi wanita yang berjati diri mulia, berilmu dan bijak adalah ciri-ciri wanita merdeka yang cemerlang dan lestari.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66.
* Dr Nurulbahiah Awang merupakan Pensyarah Kanan di Kolej Pendidikan Berterusan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan boleh dihubungi di [email protected].
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Nurulbahiah Awang
Tue Aug 29 2023
Peranan wanita amat penting dalam pembentukan masyarakat Madani demi melahirkan masyarakat yang lebih mampan dan makmur. (Gambar kecil) Dr Nurulbahiah Awang.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.