KEPESATAN kemajuan perindustrian pada masa kini telah menggamit permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Keadaan ini sekali gus telah memberi cabaran baharu kepada kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memanfaatkan sumber tenaga kerja warga tempatan khususnya para belia yang terdapat di negara ini.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi belia Malaysia berumur antara 15 sehingga 30 tahun pada 2022 adalah seramai 9.6 juta orang iaitu hampir 30 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berjumlah 32.6 juta.
Ini bermaksud Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam memenuhi permintaan guna tenaga kerja tempatan yang dipacu oleh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan kemahiran.
Menyedari hakikat ini, Kerajaan Perpaduan melalui agenda Malaysia Madani telah memberikan tumpuan khusus ke arah melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi. Usaha ini selari dengan fokus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan terus diperhebat melalui agenda pemerkasaan TVET negara.
Ini kerana, TVET dikenal pasti sebagai salah satu daripada 14 pemacu perubahan dalam RMK-12, dengan pelbagai strategi dirangka termasuk merombak tadbir urus TVET dan meningkatkan kualiti program TVET melalui kerjasama industri.
Dalam konteks luar bandar, Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dilihat komited menggerakkan usaha untuk menaik taraf kesejahteraan warga desa bukan sahaja dari sudut pembangunan material, tetapi juga melibatkan pembangunan modal insan khususnya para belia.
Kesungguhan Kerajaan Perpaduan telah diterjemah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk memperkasa bidang TVET yang turut meliputi 280 Institusi TVET@KKDW.
Akses lebih luas
Justeru, para belia khususnya di kawasan perdesaan kini mempunyai akses yang lebih luas dalam bidang pendidikan bukan sahaja aliran akademik, tetapi juga TVET yang menawarkan program menjurus kepada upskilling, reskilling dan cross-skilling ilmu pengetahuan serta kemahiran secara berterusan.
Kini, terdapat sebanyak 280 Institusi Pendidikan TVET@KKDW yang menawarkan 529 kursus dan program dari peringkat sijil sehingga Ijazah Kedoktoran di seluruh negara. Kesemua Institusi Pendidikan TVET@KKDW ini dikelola oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Kepelbagaian pensijilan ditawarkan di bawah TVET@KKDW bagi memberi peluang kepada semua golongan belia yang memiliki pelbagai latar belakang akademik untuk mengikuti pengajian teknikal.
Pensijilan ini mendapat akreditasi daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pengiktirafan daripada pelbagai agensi bertauliah seperti Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dalam bidang kejuruteraan dan Malaysia Board of Technologies (MBOT) dalam teknologi kejuruteraan. Selain itu, Pensijilan Industri, Pensijilan Kompetensi dan Pensijilan Teknousahawan merupakan kelainan pensijilan yang ditawarkan dalam TVET@KKDW.
TVET@KKDW turut memberi fokus kepada Program TVET Komuniti berimpak tinggi sebagai katalis kepada pelbagai inisiatif yang dirancang dalam ekosistem TVET@KKDW, melalui penggemblengan bersepadu semua pihak yang berkepentingan. Pelaksanaannya berpaksikan program kepada peningkatan kemahiran berbentuk kemasyarakatan serta dibudayakan secara meluas merentas seluruh demografi masyarakat.
BACA: Dewan Perniagaan & Industri Jerman bakal perkasa industri TVET negara - Zahid
BACA: Malaysia teroka hantar pensyarah untuk latihan ToT bagi TVET di Korea Selatan, Turki
Program TVET Komuniti berimpak tinggi ini termasuklah antaranya Program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET, Program Upskilling dan Reskilling TVET, Program Industrial Boot Camp (IBC) MARA dan Program TVET Aras Tinggi.
Program ini dirangka oleh KKDW bagi memartabatkan pendidikan TVET dan memenuhi permintaan pasaran, seterusnya menyumbang kepada matlamat untuk melahirkan masyarakat berkemahiran, berdaya saing dan berpendapatan tinggi.
Program kerjasama TVET@KKDW bersama industri turut dipertingkatkan untuk memastikan kehendak semasa industri dipenuhi. Ia juga bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah seiring dengan transformasi digital untuk kekal relevan dan menghasilkan pengeluaran serta perkhidmatan yang lebih cekap.
Pendedahan berkaitan kemahiran baru melalui program kerjasama bersama industri untuk tenaga pengajar dan pelajar juga sentiasa diberi keutamaan. Usahasama berintegrasi dan sistematik dengan pihak industri sangat dititikberatkan dalam pelaksanaan agenda TVET @KKDW.
Kesemua institusi pendidikan TVET@KKDW juga komited dalam menambah baik program dan kursus yang ditawarkan agar mempunyai kekuatan dan berpadanan dengan keperluan industri. Kolaborasi bersama rakan industri juga dilaksanakan dalam pelbagai ruang lingkup seperti pembekalan teknologi terkini, kepakaran dan latihan secara profesional, pembangunan program, tenaga pengajar dan pelatih, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta peningkatan kemahiran dan latihan semula.
Melalui pelbagai inisiatif dan pendekatan yang proaktif oleh semua institusi TVET@KKDW, kini tahap kebolehpasaran graduan telah mencapai tahap 90.04 peratus melebihi kadar kebolehpasaran Key Performance Indicator (KPI) Nasional yang ditetapkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebanyak 86.7 peratus yang perlu dicapai pada tahun 2025.
Kadar kebolehpasaran melebihi paras KPI Nasional ini membuktikan pendidikan yang dibekalkan oleh Institusi TVET@KKDW berupaya menyediakan kebolehkerjaan dan laluan kerjaya yang cerah kepada para graduan.
Kesimpulannya, pendidikan TVET kini boleh dianggap bukan lagi pilihan kedua kepada para belia di seluruh negara. Stigma lapuk yang mengatakan bahawa pendidikan TVET ini hanya layak bagi para belia yang tercicir dalam aliran akademik harus disingkirkan dalam pemikiran masyarakat.
Kini telah terbukti bahawa graduan TVET mempunyai potensi masa hadapan kerjaya setanding dengan aliran akademik, serta berupaya untuk mencorakkan masa hadapan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi sebagai pekerja mahir di dalam industri mahupun usahawan.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 31 2023
Kepelbagaian pensijilan ditawarkan di bawah TVET@KKDW bagi memberi peluang kepada semua golongan belia yang memiliki pelbagai latar belakang akademik untuk mengikuti pengajian teknikal. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.