KOTA KINABALU:Gabungan muka baharu dan lama dalam barisan pucuk pimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) membuktikan parti itu mengalu-alukan kehadiran pemimpin muda, kata Setiausaha Agung yang baru dilantik Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata penstrukturan semula kepimpinan parti baru-baru ini merupakan sebahagian daripada usaha Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk meremajakan parti dan tindakan itu seiring dengan langkah mempersiapkan pemimpin masa depan.
"Barisan kepimpinan yang baharu ini kukuh dan kami tidak hanya mengulangi suara presiden tetapi akan bekerja bersama secara konsisten," katanya dalam kenyataan, selepas mengambil alih tugas secara rasmi daripada Datuk Jahid Jahim yang dilantik sebagai Timbalan Presiden parti, pada Selasa.
Pada 4 Jan lalu, Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan penstrukturan semula tersebut.
Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, berkata pelantikan Hendrus Anding (Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek) sebagai penolong beliau, dan Johnnybone Kurum (ADUN Telupid) sebagai Penolong Ketua Penerangan, menunjukkan PBS menerima perubahan tanpa mengetepikan pengalaman pemimpin lama.
Sementara itu, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, meluahkan keyakinannya terhadap usaha Ongkili dalam menyusun semula pucuk pimpinan PBS.
"Kita semua ada misi dan harapan serta percaya tugas yang diamanahkan ini disertai tanggungjawab yang berat. Harapan presiden terhadap barisan kepimpinan baharu ini sangat tinggi.
"Justeru, kami akan bekerja keras untuk memenuhi harapan dan aspirasi presiden parti," katanya dalam kenyataan yang sama.
Penstrukturan semula itu turut menyaksikan pelantikan bekas Penolong Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki sebagai Ketua Penerangan, Ahli Majlis Tertinggi Mursid Mohd Rais sebagai Naib Presiden dan Dr Samuil Mopun dilantik Ahli Majlis Tertinggi, sementara Stanis Buandi menjawat jawatan Setiausaha Penganjur PBS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
Gabungan muka baharu dan lama dalam barisan pucuk pimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) membuktikan parti itu mengalu-alukan kehadiran pemimpin muda, kata Setiausaha Agung yang baru dilantik Datuk Joniston Bangkuai.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kombinasi muka baharu, lama dalam Majlis Tertinggi PBS
Penstrukturan semula kepimpinan parti baru-baru ini merupakan sebahagian daripada usaha Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk meremajakan parti.