awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

Bernama
Bernama
14/12/2024
15:39 MYT
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Polis berkata lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.
PUTRAJAYA: Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.
"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua paket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.
"Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
"Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selebriti ditahan
#miliki ganja
#Cyberjaya
#Polis Daerah Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan