IPOH: Jabatan Kesihatan Perak telah mengurangkan kompaun yang dikenakan kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini, ekoran rayuan yang mereka kemukakan.
Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, ia hasil pertemuan dengan pihak pengurusan kolej dan pelajar berkenaan pada Selasa di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
“Kesemua pelajar telah hadir mengemukakan rayuan dan pengurangan kompaun telah diberikan mengikut tatacara pengurangan kompaun sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kata Dr Ding, rayuan bagi pengurangan lanjut telah dikemukakan oleh pihak pengurusan kolej atas alasan pelajar tersebut dari golongan berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun dikenakan.
BACA: Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
BACA: Tiada unsur aniaya pelajar dikompaun tidak pakai pelitup muka - Exco Perak
“Sehubungan itu, kertas siasatan terhadap isu tersebut akan dibuka dan siasatan lanjut akan diadakan untuk di bawa ke pertimbangan pihak pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.
Pada masa sama, katanya, teguran tegas juga telah diberikan kepada pihak pengurusan kolej kerana tidak memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis berkenaan.
Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Difahamkan pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah sebuah kafe di situ.
Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin walaupun kafe yang terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Apr 21 2021
Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka. - Foto Facebook/Faridzul Azlan
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lepas.
15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kontraktor wajib pastikan PPK sentiasa sah - CIDB
Ia perlu diaktifkan sebelum melakukan sebarang aku janji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan pendakwaan.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan
Kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 23,093 premis yang dilawati sepanjang September lalu.
Premis perniagaan enggan kibar Jalur Gemilang akan dikompaun - Datuk Bandar Ipoh
Semua premis perniagaan di bandar raya ini yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.
Aedes: 3,665 kompaun dikeluarkan di Johor
Sebanyak 3,665 kompaun berjumlah RM1.82 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Johor sejak Januari hingga hari ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun curi nadir bumi
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut mendedahkan, kejadian itu berlaku pada 24 September 2022 pada jam 2.30 petang di Kampung Chong, Sik.
Majikan abai keselamatan dan kesihatan pekerja boleh dikompaun
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang mengabaikan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).