IPOH: Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan balas di Twitter pada lewat malam tadi
Menurutnya, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InsyaAllah,” tulisnya.
Beliau membalas ciapan seorang pemilik akaun bernama @NabilAmirul4 yang mendakwa pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng dikenakan kompaun tersebut oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej berkenaan pada Isnin.
Ciapan itu meluahkan rasa kesal dengan kompaun yang dikenakan sedangkan elaun diterima mereka sebagai pelajar kolej itu bagi tempoh enam bulan hanya RM1,250.
Sejak semalam, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah satu kafe di situ.
Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin walaupun kafe yang terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.
Terbaru, Pemuda UMNO Perak menyatakan hasrat membantu pelajar Kolej Matrikulasi itu.
Pengerusi Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaannya, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 20 2021
DR NOOR HISHAM: Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. - Gambar fail
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen
Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital dan bomba.
Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
Menurut Dr Noor Hisham, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Keluarga Soosaimanicckam gesa Kementerian Kesihatan campur tangan
Keluarga J. Soosaimanicckam yang meninggal dunia meminta Kementerian Kesihatan meneliti prosedur tidak wajar yang dilaksanakan oleh Hospital Seri Manjung dan Jabatan Kesihatan Perak.
Syarikat penyelenggaraan diminta periksa panel elektrik pada katil hospital
Jabatan Kesihatan Perak meminta syarikat penyelenggaraan pendawaian memeriksa panel di katil pesakit bagi hospital yang berusia lebih 10 tahun di negeri ini.
9 kes rotavirus dikesan selepas mandi di Bukit Merah
Sembilan kes rotavirus dikesan membabitkan dua kes di Pulau Pinang dan tujuh di Kedah.