awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompaun terhadap Khairuddin beri mesej wujud 'antara dua darjat' - Syed Saddiq

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/08/2020
06:34 MYT
Kompaun terhadap Khairuddin beri mesej wujud 'antara dua darjat' - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, tindakan tersebut juga akan memberikan mesej negatif kepada individu yang baru pulang dari luar negara selepas ini. - Gambar fail
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.
Menurutnya, kompaun itu seolah-olah memberi mesej bahawa wujudnya ‘dua darjat’ yang berbeza tindakan perundangan antara rakyat dan menteri.
Menurutnya, sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyatakan tiada lagi tindakan kompaun, jika melanggar SOP, sebaliknya terus didakwa ke mahkamah.
Namun, katanya, apabila ia melibatkan menteri, tiada pula pendakwaan sedangkan seorang wanita berusia sekitar 70 tahun terus dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama.
“Individu yang lain ada yang dikenakan penjara berserta tindakan saman. Kini apabila kesalahan melibatkan menteri, seolah-olah ada ‘slot dan jalan khas’ kompaun untuk menteri pula, ia tidak masuk akal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pelepasan Konvoi Anak Muda di perkarangan Bilik Gerakan Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, di sini, hari ini.
Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Khairuddin sudah di kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai.
Kompaun itu dikenakan kerana Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan beliau juga sudah membayar kompaun berkenaan.
Syed Saddiq berkata, tindakan tersebut juga akan memberikan mesej negatif kepada individu yang baru pulang dari luar negara selepas ini untuk mengingkari perintah kuarantin 14 hari.
“Dia akan katakan, daripada perlu membayar kos pusat kuarantin atau hotel yang minimum RM2,100 lebih baik dia hanya membayar saman RM1,000 sahaja seperti yang dikenakan kepada menteri,” ujarnya
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kompaun
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#SOP
#Syed Saddiq Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan