KOTA BHARU: Sebuah kompleks pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan menggunakan elemen digital bernilai RM6 juta akan dibina di Ketereh.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kompleks seluas 23 hektar itu dijangka dibangunkan setelah rundingan selesai tahun ini.
"Pada masa ini, proses perundingan untuk pembelian tapak yang bernilai lebih kurang RM10 juta sudah berada pada peringkat akhir Julai ini.
"Setiap permainan dan persembahan kesenian akan ditambah baik serta dipersembahkan dalam elemen digital berkonsepkan pencahayaan serta sistem bunyi yang berteknologi tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Akhir Seni Silat Jatuh RTM 2022 di RTM Kelantan, di sini malam tadi.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, setakat ini, kompleks dengan konsep tersebut belum ada di negara ini.
"Setelah siap reka bentuk saya mahu duduk bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman untuk mendapatkan input persatuan berkaitan silat kerana mereka lebih pakar dan kita akan buat rundingan.
"Usaha ini adalah sebagai sumbangan kita untuk memelihara warisan Kelantan. Sebenarnya ia mengambil sedikit masa kerana saya mempunyai dua pilihan tempat bukan sahaja untuk pembinaan gelanggang silat, saya juga berhasrat mewujudkan perusahaan batik, kraf dan sebagainya untuk dijadikan tempat tarikan," katanya.
Annuar berkata, kompleks yang akan dimajukan itu mempunyai beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara berperingkat.
"Insya-Allah ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Kelantan sebab saya pergi ke Sarawak saya lihat ada Sarawak Cultural Village dan saya pergi ke banyak tempat mereka ada pusat mereka dan sebagainya.
"Saya fikir Kelantan ada uniknya tetapi sebahagian kita perlu mengambil inisiatif sendiri melalui konsep-konsep penajaan dan konsep daripada penglibatan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Sebuah kompleks pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan menggunakan elemen digital bernilai RM6 juta akan dibina di Ketereh, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. - Gambar BERNAMA
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.