awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom

Bernama
Bernama
18/01/2024
07:17 MYT
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom
Polis telah mengambil tindakan memusnahkan bahan berkenaan yang didapati tidak mempunyai sebarang unsur letupan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan di kompleks itu pada 7.30 pagi dengan memaklumkan menemukan bungkusan itu pada 6.45 pagi.
"Hasil laporan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah bungkusan bewarna putih dibalut menggunakan kertas A4 dengan di dalamnya berisi bateri. Kita percaya ada cebisan lampu suluh dalam bungkusan itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan memusnahkan bahan berkenaan yang dipercayai diletakkan di lokasi itu pada malam tadi dan didapati tidak mempunyai sebarang unsur letupan.
Mazli berkata barang kes dihantar ke Unit Forensik IPK Terengganu untuk penilaian lanjut dan pihaknya telah membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kompleks berkenaan.
"Didapati tiada sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan di lokasi, namun kita akan membuat rondaan dan pemantauan di sana sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.
Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#mahkamah terengganu
#identiti suspek
#bungkusan mencurigakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan