KUALA LUMPUR: Tiga tahun hidup sebagai gelandangan, komposer dan pemuzik, Ross Ariffin, 61, boleh menarik nafas lega apabila diberikan bantuan sebuah rumah bagi membolehkan dia menjalani hidup dengan selesa.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, pihaknya menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61, selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
"Saya mohon pertimbangan daripada Dr Zaliha Mustafa, Menteri Wilayah untuk mengenal pasti sebuah unit PPR dan juga cuba dapatkan bantuan asas untuk keperluan rumah beliau.
"Semasa melangkah masuk rumah PPR baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas tiga tahun menjadi gelandangan," kata Fahmi dalam kemas kini di media sosial miliknya.
Komposer yang pernah mencipta lagu untuk nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Liza Aziz itu juga bakal kembali berkarya menerusi kerjasama dengan RTM.
"Saya juga berbincang dengan pihak RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula.
"Kami bertemu Pengarah Muzik, Datuk Mokhzani untuk merancang penerbitan lagu baharu yang boleh beliau gubah. Ross nampak begitu bersemangat untuk kembali berkarya," tulis Fahmi.
Kata Fahmi lagi, Ross masih mempunyai tekad dan iltizam untuk kembali berkarya, dan pihaknya akan terus membantu bagi membolehkannya kembali menjadi sebahagian daripada keluarga besar industri hiburan negara.
Untuk rekod, antara lagu-lagu popular karya Ross adalah Kau dan Aku (Ning Baizura), Dia (Fauziah Latiff) dan Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Rio Febian).
Orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan kepada Ross menerusi akaun di bawah:
Roslan Ariffin Bin Jamil
Akaun BSN: 0410041100013234
Madiha Abdullah
Sun Feb 11 2024
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Dunia membahang, adakah kita sudah melampaui batas selesa?
Dunia terus membahang, adakah kita sudah melampaui batas? Ini amaran buat kita semua...8.1 bilion penduduk bumi.
Panas! Penduduk Rom mula rasa bahang gelombang haba
Panas! Panas! Panas! Impak gelombang panas turut dirasai di Rom, Itali dengan penduduknya kini berada dalam mod bersiap sedia. Air kena cukup, badan harus sentiasa hidrasi berdepan cuaca ekstrem yang belum mereda....dan ini disebabkan perubahan iklim.
Sekolah UNRWA diserang, EU gesa Israel disiasat
Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) menggesa agar siasatan yang telus dijalankan terhadap Israel berkenaan serangan yang berlaku di sebuah sekolah seliaan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa ersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang mengorbankan 40 orang awam pada Khamis.
Empat kritikal, sembilan lagi cedera kedai meletup
Sekurang-kurangnya 13 cedera dalam kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kedai rangkaian membaiki rumah di timur laut Romania pada Jumaat.
Umat Islam di Malaysia sambut pada 17 Jun 2024
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun 2024.
Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Haji Mohd Aseral Jusman seperti yang diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Haji Mohd Aseral Jusman seperti yang diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat.
TH atur pergerakan semasa operasi Masyair, elak kesesakan
Bagi mengelakkan kesesakan akibat lebh 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia tertumpu semasa Operasi Masyair termasuk wukuf di Arafah, Lembaga Tabung Haji (TH) mengatur perjalanan serta pergerakan 31,600 jemaah dan 600 petugas dengan 50% peratus akan melakukan nafar awal dan nafar thani.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi sektor PMKS
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memainkan peranan penting khususnya dalam ekonomi negara, dengan menyerap 7.6 juta pekerja dan menyumbang kepada 38 peratus, atau kira-kira RM580 billion, kepada produk domestik kasar (GDP) negara, menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Anwar terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri New Zealand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand Winston Peters.
MPI 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
Hadiah itu disampaikan dalam Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dianjurkan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi wartawannya, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Nasruddin Abdul Samad serta Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Hadiah itu disampaikan dalam Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dianjurkan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi wartawannya, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Nasruddin Abdul Samad serta Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Jangan amal kebebasan bersuara hingga negara porak-peranda
Malam ini berlangsungnya Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas di ibu negara.
Tetamu kehormat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meraikan media sebagai sektor penting dalam membangunkan negara. namun kebebasan itu tegasnya lagi perlu diimbangkan.
Wartawan Firdaus Azil ada butirannya.
Tetamu kehormat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meraikan media sebagai sektor penting dalam membangunkan negara. namun kebebasan itu tegasnya lagi perlu diimbangkan.
Wartawan Firdaus Azil ada butirannya.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.