awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompromi e-mel perniagaan semakin meningkat di Malaysia

Bernama
Bernama
23/09/2016
00:19 MYT
Kompromi e-mel perniagaan semakin meningkat di Malaysia
Syarikat di Malaysia perlu menubuhkan satu pasukan respons insiden untuk melindungi pangkalan data mereka bukan hanya terhadap serangan mencemaskan BEC, tetapi juga jenayah siber dan perisian tebusan. - Gambar fail
Kompromi E-mel Perniagaan (BEC), satu taktik yang menjejaskan akaun perniagaan untuk memudah cara pemindahan dana, semakin meningkat di Malaysia.
Pakar Keselamatan Siber, Dhanya Thakkar berkata, 8,000 kes terutamanya perisian hasad perbankan dalam talian dilaporkan dalam dua suku pertama tahun ini.
Justeru, syarikat di Malaysia perlu menubuhkan satu pasukan respons insiden untuk melindungi pangkalan data mereka bukan hanya terhadap serangan mencemaskan BEC, tetapi juga jenayah siber dan perisian tebusan, kata beliau kepada wartawan di Trend Micro Cybercrime 2016, di sini pada Khamis.
Thakkar, yang juga Pengarah Asia Pasifik Trend Micro berkata selain menubuhkan pasukan respons insiden, syarikat juga perlu memastikan satu program keselamatan maklumat disediakan, selain daripada menyiasat dan memperbaiki insiden dalam jangka masa yang sesuai.
Beliau berkata peningkatan pantas kes perisian tebusan dan BEC, adalah petunjuk jelas ancaman berterusan kedua-duanya dan perniagaan perlu mengambil langkah segera bukan hanya untuk melindungi diri mereka tetapi juga meningkatkan keupayaan keselamatan setara dengan ancaman ini. BEC merupakan suatu bentuk penipuan yang menjejaskan akaun perniagaan untuk memudah cara pemindahan dana, masih berterusan dan merupakan satu daripada ancaman paling berbahaya kepada organisasi, katanya.
Beliau berkata adalah penting untuk syarikat Malaysia mempunyai pasukan respons sendiri supaya dapat bertindak balas dengan segera jika sesuatu berlaku kepada sistem mereka.
"Untuk melindungi sistem, satu anjakan paradigma diperlukan oleh pemilik perniagaan dan pembuat keputusan. Keselamatan siber dilihat sebagai elemen penting dan tidak boleh dipandang ringan dalam pelan perniagaan yang baik berbanding dengan penyelesaian segera apabila serangan berlaku," katanya.
Thakkar berkata adalah penting untuk mereka bersedia dan pada masa yang sama mengurangkan kemungkinan kerosakan besar kepada syarikat masing-masing. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BEC
#Dhanya Thakkar
#jenayah siber
#Kompromi E-mel Perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan