awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komunikasi perlu diwujudkan elak kes buli

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2013
06:10 MYT
Komunikasi perlu diwujudkan elak kes buli
Jurang komunikasi antara pihak sekolah dengan pelajar dan ibu bapa harus diatasi bagi mengelak insiden buli daripada terus berleluasa.
Pengerusi Majlis Permaufakatan PIBG Nasional Prof Madya Datuk Muhamad Ali Hassan berpendapat sekolah sepatutnya mewujudkan talian hotline bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar berkomunikasi dengan pihak sekolah.
Pada masa sama Muhamad Ali berpendapat sekolah juga perlu terbuka menerima pendapat daripada ibu bapa dan pelajar berhubung pelbagai isu berbangkit.
Sebelum ini talian hotline 15999 diwujudkan bagi mewujudkan perlindungan kepada kanak-kanak termasuk yang terlibat sebagai mangsa buli.
Namun begitu Muhamad Ali berpendapat, kurangnya pendedahan menyebabkan talian ini kurang mendapat sambutan ramai, sehingga menyebabkan kes buli terus berleluasa.
Isu buli di sekolah kembali hangat apabila seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab Kepala Batas dilaporkan cedera dibelasah dua pelajar tingkatan tiga dalam satu insiden malam Khamis lalu.
Menurut mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku sekitar tiga pagi ketika dia sedang tidur di asrama sekolah berkenaan.
Mangsa didatangi dua lelaki yang tidak dikenali yang bertindak menutup mangsa dengan selimut sebelum memukulnya.
Topic Berkaitan
#buli
#Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan