GUA MUSANG: Lebih 3,000 komuniti Orang Asli di Gua Musang, Kelantan membantah usaha pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri yang dijangka dilaksanakan kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula Mac tahun hadapan.
Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, projek berkenaan harus dibatalkan sejak awal lagi kerana boleh menjejaskan kehidupan komuniti itu.
Beliau mendakwa lagi, projek empangan itu juga dibimbangi akan memusnahkan kawasan tapak warisan sejarah seperti Gua Cha, sumber air, hasil tanaman dan kawasan perkuburan nenek moyang di kawasan tanah adat.
"Kami meminta supaya empangan itu dihentikan dan selepas ini kami akan menghantar memorandum kepada pihak berkaitan bermula awal bulan April. Niat kami bukan hendak mengganggu sesiapa untuk mencari makan tetapi pada kami apa yang lebih penting kita perlu selamatkan hutan sebab kita tengok hutan semakin sedikit dan 5,000 hektar kawasan itu bukan yang kecil.
"Kami berharap masyarakat di luar, NGO, ahli akademik , ahli politik untuk bekerjasama dalam kempen kami nanti," katanya.
Nada sama diberi komuniti Orang Asli Kampung Angkek, Nora Kantin.
"Kami masyarakat Orang Asli tidak mahu pihak kerajaan membuat empangan sungai Nenggiri di tanah wilayah kami Orang Asli. Apabila mereka membuat empangan Nenggiri, tanah wilayah adat kami akan pupus dan hilang. Saya harap pihak kerajaan membatalkan empangan Sungai Nenggiri di Kelantan," tegasnya.
Sementara itu, komuniti Orang Asli Pos Tohoi, Ahok Duga takut pembinaan empangan itu akan menyebabkan banjir di kawasannya.
"Dia kata empangan itu untuk elak banjir. Itu salah siapa, bukan salah sungai, salah hujan, salah kerajaan sebab habis pokok-pokok ditebang sampai botak.
"Itu sebabnya banjir terus melanda. Kalau kita tengok tahun 60-an, 70an dahulu tidak pernah banjir begitu. Kerana jari manusia memusnahkan hutan, tengoklah sungai keruh jadinya," ujarnya.
Mereka berkata demikian bersama sekumpulan 30 orang penduduk Orang Asli yang membantah projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Kampung Jias A, Gua Musang, Kelantan.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, seramai 1,115 penduduk Orang Asli yang terbabit dengan projek itu akan berpindah sebaik ia dimulakan nanti.
Katanya, kerja-kerja awal akan bermula pada Mac 2022 membabitkan pembinaan penempatan semula Orang Asli termasuk rumah, sekolah dan kemudahan asas yang lain.
Muhafandi Muhamad
Tue Mar 23 2021

Mustafa berkata, projek berkenaan harus dibatalkan sejak awal lagi kerana boleh menjejaskan kehidupan komuniti itu. - Astro AWANI

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.

Tanah runtuh: Jalan hubungkan empat kampung Orang Asli kini boleh dilalui
Jalan yang menghubungkan empat kampung dengan bandar Gua Musang itu bagaimanapun hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Harimau belang masuk perangkap di Pos Pasik
Seekor harimau belang berjaya ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pos Pasik, di sini hari ini.

Pos Kuala Mu destinasi ekopelancongan mampan
Peningkatan aktiviti serta pembangunan ekopelancongan di Pos Kuala Mu, di sini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli Suku Temiar.

Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menjadi penyelaras bagi semua jenis bantuan yang ingin disalurkan kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan
Menurut JPN, proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Pertemuan Zahid, Orang Asli dilihat positif untuk pembangunan, prasarana, ekonomi
Pertemuan antara wakil Orang Asli bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilihat menjanjikan khabar gembira.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Penghuni di 16 buah rumah diarahkan pindah
Seramai 86 penghuni melibatkan 16 buah rumah di kawasan penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil, Golden Hill di sini diarahkan berpindah serta-merta akibat tanah runtuh pada Khamis.

Lelaki Orang Asli maut jatuh pokok kelapa
Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat tinggi berkemungkinan telah memanjat sebatang pokok kelapa.

Orang Asli dakwa beras dijual mahal di penempatan mereka
Penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di daerah ini mendakwa terpaksa membeli beras pada harga tinggi seperti ditetapkan oleh peruncit.

Mayat Orang Asli dipercayai dibaham harimau ditemukan di kawasan cerun
Seorang lelaki Orang Asli yang maut akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.