awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing

Bernama
Bernama
18/08/2023
21:20 MYT
Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing
Tiong (tengah) hadir pada majlis penyampaian bot bersama enjin dan treler bernilai RM33,800 yang disumbangkannya kepada Polis Kontinjen Sarawak di IPD Sibu, pada Jumaat. - Foto BERNAMA
SIBU: Polis Sibu telah menerima pujian daripada komuniti di daerah itu atas tugas dan usaha baik mereka mengekalkan keamanan dan keselamatan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Minister Datuk Seri Tiong King Sing.
"Sibu kini tidak seperti sebelum ini (dengan kes jenayah). Mereka (komuniti) amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan.
"Saya minta pihak polis terus mengekalkan tugas baik itu dalam memastikan keselamatan orang awam bukan sahaja di Sibu, tetapi juga di seluruh Sarawak," katanya.
Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata demikian pada majlis penyampaian bot bersama enjin dan treler bernilai RM33,800 yang disumbangkannya kepada Polis Kontinjen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu (IPD), di sini, semalam.
Tiong berkata beliau telah menjanjikan lima buah bot, namun begitu hanya dua sahaja yang tiba apabila kilang yang membuat bot berkenaan telah ditutup akibat masalah perniagaan ketika pandemik COVID-19.
"Kami bercadang untuk mendapatkan tiga lagi bot dari Taiwan selepas ini," katanya dan sebagai tambahan berjanji untuk menyumbangkan 50 unit lampu jalan tenaga solar bernilai RM105,000 untuk dipasangkan dalam kawasan IPD Sibu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, hadir bagi menerima bot dan peralatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#kes jenayah
#polis
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan