awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan

Bernama
Bernama
15/04/2024
09:45 MYT
Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Wan Roslan berkata terdapat kira-kira 267 pelajar dari Kelantan yang sedang menyambung pengajian di Jordan dalam pelbagai bidang pengkhususan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan dan menasihatkan mereka agar mengambil pelbagai langkah keselamatan yang sewajarnya, susulan tindakan Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu oleh ke atas Israel Sabtu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata mesej itu disampaikan kepada pegawai kebajikan yang bertugas di negara berkenaan sejurus selepas agensi berita antarabangsa melaporkan berita mengenai serangan itu.
Beliau berkata terdapat kira-kira 267 pelajar dari Kelantan yang sedang menyambung pengajian di Jordan dalam pelbagai bidang pengkhususan termasuk di Universiti Yarmouk, Amman dan Irbid dengan sebahagian besarnya adalah pelajar lelaki.
"Kita telah hantar mesej kepada pegawai kebajikan yang bertugas di sana agar memastikan pelajar sentiasa berhubung dengan kedutaan, peka dengan keadaan semasa serta mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan," katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Pas Kelantan Sempena Aidilfitri 2024, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Wan Roslan berkata kerajaan negeri akan memantau keadaan pelajar di Jordan dari semasa ke semasa dan langkah segera akan diambil tertakluk kepada arahan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Kelantan
#Jordan
#serangan dron Iran
#Israel
#Wan Roslan Wan Hamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan