Umat Islam di seluruh negara diseru menunaikan solat hajat pada Jumaat ini bagi memohon perlindungan dan keselamatan berhubung ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya turut mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan serta perlindungan kepada 11 rakyat Malaysia di Korea Utara.
"Saya meminta semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bermula 10 Mac ini dan berterusan sehingga kemelut ini selesai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jamil Khir turut mengharapkan agar konflik itu dapat diselesaikan dengan baik dan rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
"Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati Ilahi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
Jamil Khir meminta semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bermula 10 Mac ini dan berterusan sehingga kemelut dengan Korea Utara selesai. Gambar fail
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Maksud bacaan doa akhir tahun, awal tahun baharu Hijrah
Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
"Assalamualaikum baby A" - Rebecca Nur Al Islam
Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melahirkan cahaya mata keenam pada pagi Jumaat.
Doa ketika beri duit raya, bersedekah
Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Tokyo 2020: Saya tidak mahu cakap dabik dada - Menteri
Berikutan sasaran satu pingat menerusi skuad terjun tidak direalisasikan, kontinjen berbasikal trek kini memikul tanggungjawab berat.
Tokyo 2020: MSN anjur bacaan Yasin dan doa demi kejayaan atlet negara
Majlis merupakan sebahagian kalendar program semarak Demi Malaysia sebagai tanda sokongan kepada atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik Tokyo.
'Hadiah' terakhir buat jenazah COVID-19 daripada penggali kubur
Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit COVID-19.
Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
Perdana Menteri turut mendoakan agar Yang Di-Pertuan Agong, Permaisuri dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat Allah.
COVID-19: Masjid di Pahang baca Qunut Nazilah secara berterusan
Perkara itu telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilaksanakan.
Media sosial 'senjata' Abdallah berjihad lawan rejim Zionis
Lelaki berusia 35 tahun itu menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan.
Bersama berdoa agar negara bebas COVID-19 - Tun Dr Siti Hasmah
Rakyat diseru bersama-sama berdoa pada Jumaat ini untuk perlindungan agar negara segera bebas pandemik COVID-19.