RESOLUSI Kongres Amerika Syarikat (AS) pada 18 Julai 2023 yang mengisytiharkan Israel bukanlah negara perkauman layak dikecam sepenuhnya oleh sesiapa yang bermoral dan mempunyai hati nurani.

Ia diluluskan walaupun beberapa badan bebas seperti Human Rights Watch, Amnesty International dan B'Tselem serta Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) telah menerbitkan laporan bahawa Israel mengamalkan dasar aparteid perkauman.

Undang-undang Negara-Bangsa yang diluluskan oleh parlimen Israel pada 2018 yang mengisytiharkan negara itu hanya untuk warga Yahudinya sahaja adalah pengesahan lanjut bahawa ia adalah sebuah negara aparteid. Bagi Kongres AS, nampaknya undang-undang ini tidak pernah wujud.

Selain daripada mengabaikan kebenaran, resolusi itu berkemungkinan besar akan mengekalkan penderitaan dan penindasan rakyat Palestin di tangan penjajah Israel. Namun ini nampaknya tidak membimbangkan ahli-ahli Kongres AS. Ini benar-benar menyedihkan.

Kami, yang tersenarai di bawah, mengecam resolusi tersebut dan menyeru semua ahli Kongres AS untuk menyemak semula pendirian mereka mengenai perkara itu. Keamanan yang benar-benar adil di Timur Tengah hanya boleh berlaku jika AS berhenti memberi sokongan buta tanpa syarat kepada Israel.

Kami juga menggesa pengundi Amerika untuk menyuarakan kebimbangan mereka serta menggunakan kuasa undi mereka untuk menghalang wakil rakyat mereka daripada memajukan kepentingan sebuah negara asing, iaitu Israel, sehingga merugikan mereka sendiri.

Kami juga mengalu-alukan sebarang tindakan oleh pengundi Amerika untuk menyedarkan wakil Kongres mereka bahawa resolusi yang mereka telah luluskan mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab serta tidak berperasaan dalam isu Palestin.

1. BDS Malaysia
2. MAPIM
3. Citizens International
4. Muslim Professionals Forum (MPF)
5. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
7. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
8. MyAqsa Defenders
9. Pertubuhan IKRAM Malaysia
10. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
11. Persatuan Ulama' Malaysia
12. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
13. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
14. SEJAGAT
15. Muslim Care Malaysia