awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsi maklumat bagi memastikan vaksin selamat

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2021
22:00 MYT
Kongsi maklumat bagi memastikan vaksin selamat
Isu keberkesanan vaksin COVID-19 hangat dibincangkan dengan mekanisme penghasilannya turut mendapat tumpuan pelbagai pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Isu keberkesanan vaksin COVID-19 hangat dibincangkan dengan mekanisme penghasilannya turut mendapat tumpuan pelbagai pihak.
Menurut Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, selain aspek halal, perkongsian maklumat kandungan vaksin yang bakal digunakan di negara ini adalah perlu dalam memastikan ia selamat.
“Tetapi dalam keadaan seadanya, yang saya tahu, hari ini tidak ada orang membuat vaksin yang bermula dengan dia halal atau tidak.
“Merata-rata cuba mencari penyelesaian seperti mana yang dikatakan.
“Sama ada dari cara ortodoks atau cara tradisional, untuk mencari penyelesaian perlindungan sama ada dia halal atau tidak, terjatuh pada nombor dua,” katanya ketika sesi Wacana Sinar Harian bertajuk 'COVID-19: Suci dan Selamatkah?' pada Selasa.
Jelasnya lagi, kerajaan memainkan peranan penting berkongsi maklumat yang lebih spesifik, termasuk kandungannya sebelum vaksin COVID-19 selamat untuk diedarkan kepada rakyat.
“Jadi persoalan ini, kita mesti ada maklumat-maklumat yang tertentu... mencari maklumat-maklumat.
“Ini adalah salah satu daripada isu pokok untuk menentukan sama ada dia selamat atau pun tidak, dalam kerja untuk mengimbangi ini ialah melihat kepada data dan data itu mestilah data saintifik, yang berasaskan bukti,” ujarnya.
Sementara itu, bagi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, keutamaan dalam tempoh pandemik ini adalah mencari penyelesaian terlebih dahulu.
“Kegagalan ini kita sentiasa mengharapkan untuk menggunakan barang orang, lepas itu kita akan complaint (merungut), tetapi kita sendiri tidak keluarkan produk itu.
"Itu kelemahan dunia Islam,” katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Mufti Perlis
#Dr Mohd Asri Zainal Abidin
#Wacana Sinar Harian
#Halal
#Dr Dzulkifli Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan