awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep Malaysia Madani diharap dapat tambah baik cara tadbir urus kerajaan

Bernama
Bernama
19/01/2023
20:50 MYT
Konsep Malaysia Madani diharap dapat tambah baik cara tadbir urus kerajaan
Anwar menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 19 Jan 2023. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pelaksanaan konsep Malaysia Madani diharap akan dapat menambah baik cara tadbir urus kerajaan seperti yang dimahukan rakyat sekali gus membawa pembangunan yang lebih makmur kepada negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata tatacara kerja yang adil dan saksama juga perlu diterapkan dalam pelaksanaan kerangka dasar baharu yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Inilah yang kita nak lihat di negara kita di mana rakyat kita akan lebih yakin dengan kerajaan yang baharu dan sama-sama kita melihat bagaimana pemerintahan dari segi Madani ini mengangkat semula martabat negara," katanya kepada Bernama sebagai mengulas konsep Malaysia Madani yang diperkenal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata rangka kerja dalam melaksanakan konsep Malaysia Madani perlu difahami oleh semua pihak yang terlibat.
"Apa yang penting, pelaksanaannya dari segi rangka kerja harus difahami oleh semua pihak daripada pihak penggubal dasar serta jentera kerajaan itu sendiri dan itulah yang menjadi cabaran terbesar untuk kita melaksanakan apa jua dasar baharu yang digagaskan oleh sesebuah pentadbiran," katanya.
Bagi Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, Anwar telah membawa dimensi yang amat penting kepada keseluruhan pemahaman mengenai kewangan negara dan dasar ekonomi yang merupakan dimensi manusia.
"Ia amat penting kerana kadang-kadang apabila kita melihat angka terbabit, kita terlupa akan wajah-wajah di sebaliknya iaitu orang yang sebenarnya terpaksa berdepan dinamik ekonomi dan situasi ekonomi.
"Saya fikir kita tidak seharusnya lupa bahawa di sebalik statistik, laporan ekonomi dan laporan tahunan terdapat orang sebenar dan penggubal dasar hendaklah melihat kesan terhadap mereka dan bukan sekadar angka terbabit, (tetapi) bagaimana kesinambungan dasar kita mempunyai impak ke atas individu, keluarga dan masyarakat," katanya.
Kelmarin, Anwar memperkenal 'Malaysia Madani' sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Madani
#Anwar Ibrahim
#tadbir urus kerajaan
#pembangunan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan