KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini berpendirian bahawa penganjuran konsert Coldplay yang dijadual berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini adalah tidak bertepatan dalam situasi sekarang.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin, tetapi perlu mengambil kira budaya hedonisme yang akan dibawa masuk dalam masyarakat.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebut bahawa kumpulan tersebut memberikan sokongan kepada Palestin... Ia bukan isu memberikan sokongan atau tidak kepada Palestin semata-mata.
"Tetapi budaya hedonisme (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan), yang nak dibuat dalam masyarakat.
"Saya kira dalam suasana hiruk-pikuk isu Palestin yang ada pada hari ini, membawa satu kumpulan antarabangsa dalam negara, ia tidak sesuai dengan masanya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Terdahulu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah berhubung penganjuran konsert Coldplay, susulan wujud gesaan segelintir pihak agar konsert tersebut dibatalkan.
Menurut Perdana Menteri, band berasal dari United Kingdom (UK) itu antara kumpulan yang menyokong Palestin dan ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, KBS sepatutnya memainkan peranan untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan belia, khususnya melibatkan pemuzik antarabangsa yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
"Pemuzik antarabangsa ini yang terlibat isu LGBT secara terang terangan, ini tak boleh...
"Belia harus dielakkan daripada terlibat perkara ini, dalam keadaan kontroversi video "MR H" dan sebagainya. Ini masanya belia kita diingatkan menghindari perkara-perka seperti ini," ujar beliau lagi.
Sebelum ini, Luqman menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu.
Katanya, band itu menyokong kumpulan LGBT yang jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dijangka dihadiri 85,000 penonton bagi menyaksikan persembahan band yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 21 2023

Ahmad Fadhli berkata kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin, tetapi perlu mengambil kira budaya hedonisme yang akan dibawa masuk dalam masyarakat. - Foto Japen

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Kerajaan beri lebih tumpuan kepada penyelesaian masalah kemudahan asas di Labuan - PM
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada penyelesaian masalah kemudahan asas untuk rakyat daripada mengutamakan kepada projek pembangunan infrastruktur yang masih boleh ditangguhkan.
[TERKINI] Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Untuk mengetahui laporan terkini berhubung pengebumian Zayn Rayyan, terus bersama Ridauddin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
PISA 2022: KPM akan kembali fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.
PISA 2022: Pencapaian Malaysia merosot, pandemik COVID-19 dijadikan punca
Keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam laporan Programme for International Student Assesment (PISA) 2022.
MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7% pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Malaysia dalam landasan positif menuju pembangunan mampan
Malaysia berada pada tahap landasan yang positif bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 99 indikator pada tahun 2022.

Tiada bilik VIP dalam penjara - Saifuddin
Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara.

Percepat projek kemudahan rakyat Sabah, Anwar tidak mahu lagi alasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.

Program seperti e-Madani akan diteruskan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pemberian subsidi akan memberi faedah kepada 3.5 juta orang asing dan dimanfaatkan oleh golongan terkaya.

Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Budaya Melayu, Islam mana yang benarkan fitnah, cerca orang? - PM Anwar
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.

Jangan terlalu selesa ketika tadbir negara - PM Anwar
Perdana Menteri menasihatkan pemimpin negara supaya tidak berada pada tahap selesa ketika mentadbir negara.

Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.

PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.

Setahun Kerajaan Madani: Wawancara Khas bersama PM malam ini
Dalam temu bual itu, Anwar akan mengimbas setahun Kerajaan Madani serta memperinci hala tuju, matlamat dan cita-cita kerajaan.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional