KUALA LUMPUR: Tiada perubahan pada kelulusan konsert Ed Sheeran yang akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan, buat masa ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, permohonan persembahan artis antarabangsa di Malaysia sudah melalui proses semakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dibenarkan membuat persembahan.
JAKIM merupakan salah satu daripada 16 agensi yang membentuk Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang memutuskan sama ada artis luar boleh membuat persembahan di Malaysia atau tidak.
"Salah satu daripada 16 agensi yang terlibat dalam perbincangan untuk meluluskan permohonan persembahan artis luar negara, melalui jawatankuasa PUSPAL ialah JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri. Sudah pasti saringan teliti dibuat oleh semua agensi ini.
"Kita ambil maklum pandangan tetapi kita ada proses, dan kita akan teliti jika perlu diambil tindakan. Buat masa ini belum ada perubahan pada kelulusan yang sudah diberi sebelum ini,' katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, pada Rabu.
Fahmi menjawab desakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor agar kerajaan membatalkan kelulusan konsert oleh Sheeran, yang didakwa sebagai penyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Penyanyi Britain itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Feb sebagai sebahagian daripada "+-=÷x Asia Tour", yang turut menampilkan penyanyi jemputan, Calum Scott.
Sheeran sebelum ini pernah mengadakan konsert di Malaysia pada 2019 sempena jelajah dunia "Divide".
Madiha Abdullah
Wed Jan 31 2024
Fahmi memaklumkan tiada perubahan pada kelulusan konsert Ed Sheeran yang akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan, buat masa ini. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC
Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman glamping dan banyak lagi.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aina Abdul meraih impian dengan konsert sulung di pentas DFP
Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama MPO di DFP pada Mei ini.
Konsert Ungu di Kuantan dianjak ke 4 Mei, Ella tampil sebagai artis undangan utama
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.